Press

Kenyataan Akhbar KPK 14 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia 

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,053 kes (1,764,579 kes kumulatif, 87.7%);
  • Kes baharu : 15,669 kes (2,011,440 kes kumulatif);
  • Kes import : 17 kes (7 warganegara; 10 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,652 kes [14,169 warganegara (90.5%);  1,483 bukan warganegara (9.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,266 kes (954 kes COVID-19; 312 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 689 kes (432 kes COVID-19; 257 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,182 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,734 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,448 kluster.

Daripada 15,669 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 283 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,386 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,493118.551,983162,303
SELANGOR2,64638.822,632 (6)646,212
JOHOR2,06451.891,974 (4)168,225
SABAH1,93547.071,784 (2)177,296
PULAU PINANG1,81399.281,651111,156
KEDAH1,39260.541,207120,325
KELANTAN1,30665.361,40696,210
PERAK1,17866.4285684,522
TERENGGANU79960.5648343,988
PAHANG73527.91763 (1)53,268
WP KUALA LUMPUR46123.96411 (4)180,877
MELAKA36036.9532953,778
NEGERI SEMBILAN21218.0814394,766
PERLIS6624.84302,862
WP PUTRAJAYA2324.43145,762
WP LABUAN76.4339,890
MALAYSIA18,49054.0015,669 (17)2,011,440

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 15,669 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,6321331,42661,067
SARAWAK1,983801,386 –517
JOHOR1,9742399934738
SABAH1,78429052875
PULAU PINANG1,65144620 –987
KELANTAN1,40647927 –432
KEDAH1,2072728 –477
PERAK856103420 –333
PAHANG763189474199
TERENGGANU4837359 –117
WP KUALA LUMPUR41191734225
MELAKA32965155 –109
NEGERI SEMBILAN143376 –64
 PERLIS3012 –18
WP PUTRAJAYA 147 –7
WP LABUAN311 –1
JUMLAH KESELURUHAN15,6699248,662176,066

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Kampung Kebun SayurTempat KerjaJohorMuar2851
2Industri Batu 16 SalengTempat KerjaJohorKulai1217
3Jalan Dewan PontianTempat KerjaJohorPontian1153
4Batu Empat Yong PengTempat KerjaJohorBatu Pahat1670
5Jalan Bidor BelatimTempat KerjaPerakBatang Padang65147
6Industri Jalan BerchamTempat KerjaPerakKinta47501
7Jalan Putra 1BTempat KerjaPerakKinta1568
8Jalan Industri Dua KamparTempat KerjaPerakKampar927
9Industri Batu 29Tempat KerjaSelangorHulu Selangor58107
10Industri Dua Jalan Telok GongTempat KerjaSelangorKlang5284
11Sawit Lepar HilirTempat KerjaPahangKuantan16711
12Jalan Mentakab -TemerlohTempat KerjaPahangTemerloh862
13Taman Industri Prai Baru DuaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan21136
14Jalan Pasir Puteh – Kota BharuTempat KerjaKelantanPasir Puteh715
15Jalan Atas PalohKomunitiKelantanKota Bharu1933
16Kampung Panjang TawangKomunitiKelantanBachok1834
17Kampung Banggol BadangKomunitiKelantanKota Bharu1726
18Kampung Bawah Lembah Bunut PayongKomunitiKelantanKota Bharu1422
19Depan Masjid Kampung Banggol KulimKomunitiKelantanPasir Mas1111
20Taman Nashriq TawangKomunitiKelantanBachok1017
21Kampung Teluk PanjiKomunitiKelantanKota Bharu1015
22Taman Prima IndahKomunitiKelantanPasir Mas66
23Kampung Sungai KeladiKomunitiKelantanPasir Mas dan Tanah Merah66
24Kampung Sungai KiolKomunitiPahangJerantut87421
25Jundak Saeh MerahKomunitiSarawakSubis2235
26Kampung SegedupKomunitiSarawakKuching1275
27Jalan UplandKumpulan Berisiko TinggiSarawakKuching5160
28Jalan Sutera Merah DuaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru2356
29Jalan Cheras Batu EmpatKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurCheras, Kepong, dan Titiwangsa1261

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 13 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.16
TERENGGANU1.08
JOHOR1.02
PERAK1.02
PAHANG1.01
PULAU PINANG1.00
KELANTAN1.00
 PERLIS1.00
SABAH0.93
KEDAH0.92
MELAKA0.91
WP LABUAN0.87
NEGERI SEMBILAN0.85
WP PUTRAJAYA 0.85
SELANGOR0.82
WP KUALA LUMPUR0.81
MALAYSIA0.98

Categories: Press