Press

Kenyataan Akhbar KPK 16 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,939 kes (1,800,278 kes kumulatif, 87.8%);
  • Kes baharu : 18,815 kes (2,049,750 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 18,808 kes [16,819 warganegara (89.4%);  1,989 bukan warganegara (10.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,222 kes (913 kes COVID-19; 309 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 710 kes (422 kes COVID-19; 288 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,228 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,822 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,406 kluster.

Daripada 18,815 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 222 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 18,593 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK  LANGKAWI: KEPUTUSAN SEMASA PENGUJIAN COVID-19 DI PINTU MASUK UDARA DAN LAUT

Seperti yang dimaklumkan Kerajaan, Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi telah pun bermula pada hari ini. Seiring dengan itu, KKM telah mula melaksanakan semakan ujian saringan COVID-19 dan juga ujian saringan COVID-19 (bagi pelancong yang belum menjalankan ujian) sebelum mereka berlepas ke Pulau Langkawi di pintu masuk udara dan laut.

Adalah dimaklumkan bahawa, sehingga jam 12 tengah hari 16 September 2021, seramai 2,546 orang  telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Ini melibatkan sejumlah 1,250 orang yang telah disaring di empat (4) pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 2,528 orang telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak lima (5) kes positif COVID-19 telah dikesan;
  • enam (6) orang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, dan kesemua keputusan adalah negatif; dan
  • Baki 12 orang kanak-kanak enam (6) tahun dan ke bawah tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.

Kesemua lima (5) kes yang telah dikesan merupakan kategori satu (1) iaitu tidak bergejala. Kes-kes ini telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Jadual 1 : Data Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi pada 16 September 2021

(sehingga jam 12 tengah hari)

Seperti yang ditekankan sebelum ini, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya. Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu. Atas sebab itulah, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif COVID-19, dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didokongi usaha sama oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

Oleh itu, KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.

KKM mengucapkan jutaan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dan agensi dalam merealisasikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi. KKM juga akan sentiasa menambah baik dan memudah cara proses serta pelaksanaan pengujian ini dari semasa ke semasa agar ianya berjalan lancar dan berkesan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Selamat Hari Malaysia!

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,799128.943,660 (1)170,672
SELANGOR2,60438.212,718 (1)651,640
JOHOR2,08252.342,206172,291
SABAH1,88545.841,982 (1)181,293
PULAU PINANG1,64490.031,777114,690
KEDAH1,32057.421,233122,736
KELANTAN1,27964.031,22298,866
PERAK1,17466.211,44687,142
TERENGGANU79059.8981445,795
PAHANG75228.5571254,746
WP KUALA LUMPUR43322.51493 (3)181,733
MELAKA32733.5726954,237
NEGERI SEMBILAN20317.27170 (1)95,158
PERLIS6725.16803,050
WP PUTRAJAYA2121.60225,800
WP LABUAN54.93119,901
MALAYSIA18,38553.7018,815 (7)2,049,750

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 18,815 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK3,660762,8601723
SELANGOR2,718971,39611,224
JOHOR2,2063911,001– 814
SABAH1,98291,1011871
PULAU PINANG1,77791501 –1,185
PERAK1,446289547 –610
KEDAH1,23338745 –450
KELANTAN1,22241800 –381
TERENGGANU81447548 –219
PAHANG712270356 –86
WP KUALA LUMPUR493112613218
MELAKA26916119 –134
NEGERI SEMBILAN1702123144
 PERLIS8035 –45
WP PUTRAJAYA 2212 –10
WP LABUAN113 –8
JUMLAH KESELURUHAN18,8151,38110,40577,022

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Batu 23 KulaiTempat KerjaJohorKulai3575
2Industri Idaman SenaiTempat KerjaJohorKulai2429
3Industri Jalan Teluk RamuniaTempat KerjaJohorKota Tinggi1953
4Jalan Bahagia  Batu 19Tempat KerjaJohorTangkak1315
5Industri Sulong UtamaTempat KerjaJohorBatu Pahat9108
6Senai Jaya KulaiTempat KerjaJohorKulai816
7Industri Jalan Chepor 11/8Tempat KerjaPerakKinta6497
8Jalan Jelapang 3Tempat KerjaPerakKinta462,676
9Pulau KambingTempat KerjaTerengganuKuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Marang, dan Hulu Terengganu103473
10Kampung BalohKomunitiKelantanKota Bharu1825
11Kampung Buloh PohKomunitiKelantanKota Bharu1527
12Kampung Sungai Hilir MasjidKomunitiKelantanBachok dan Kota Bharu1421
13Kampung Gaung HilirKomunitiKelantanPasir Mas913
14Kampung Belukar SimpangKomunitiKelantanKota Bharu914
15Seri Mahkota AmanKomunitiPahangKuantan2672
16Jalan Klinik Lama Gua MusangKumpulan Berisiko TinggiKelantanGua Musang2736
17Batu Sembilan ChemorKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta1259
18Dah Kota KenariPendidikan LainKedahKulim8388
19Taman Kota BaratPendidikan LainPerakLarut, Matang, dan Selama1421
20Bukit IbamPendidikan TinggiPahangRompin3670
21Tembok Choh 4Pusat TahananJohorJohor Bahru1922


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 15 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.14
TERENGGANU1.08
 PERLIS1.06
PERAK1.02
JOHOR1.01
PAHANG1.01
PULAU PINANG1.00
KELANTAN1.00
SABAH0.93
KEDAH0.92
MELAKA0.92
NEGERI SEMBILAN0.87
WP PUTRAJAYA 0.87
SELANGOR0.84
WP KUALA LUMPUR0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA0.97

Categories: Press