Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 17 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

17 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 22,970 kes (1,823,248 kes kumulatif, 88.2%);
  • Kes baharu : 17,577 kes (2,067,327 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (3 warganegara);
  • Kes tempatan : 17,574 kes [15,438 warganegara (87.8%);  2,136 bukan warganegara (12.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,223 kes (891 kes COVID-19; 332 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 720 kes (410 kes COVID-19; 310 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,247 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,860 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,387 kluster.

Daripada 17,574 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 244 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 17,333 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 September 2021 @ 6:15 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,761127.643,480174,152
SELANGOR2,45336.002,646654,286
JOHOR2,07652.192,334174,625
SABAH1,78643.431,533182,826
PULAU PINANG1,57586.291,462116,152
KEDAH1,23153.581,173123,909
KELANTAN1,21660.8586999,735
PERAK1,21068.241,59688,738
TERENGGANU78259.3271946,514
PAHANG74928.4483255,578
WP KUALA LUMPUR41921.75366 (2)182,099
MELAKA29930.7128754,524
NEGERI SEMBILAN19516.59198 (1)95,356
PERLIS6223.24413,091
WP PUTRAJAYA2223.09315,831
WP LABUAN65.47109,911
MALAYSIA17,84252.1117,577 (3)2,067,327

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 17,577 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK3,4801762,311 –993
SELANGOR2,646791,352 –1,215
JOHOR2,3341621,389 –783
PERAK1,596484444 –668
SABAH1,53373852 –608
PULAU PINANG1,462238463 –761
KEDAH1,17311677 –485
KELANTAN86937496 –336
PAHANG832233482 –117
TERENGGANU7199571 –139
WP KUALA LUMPUR366121932159
MELAKA28731139 –117
NEGERI SEMBILAN1989130158
 PERLIS4113 –28
WP PUTRAJAYA 3125 –6
WP LABUAN10 –10
JUMLAH KESELURUHAN17,5771,5549,53736,483

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 17 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Perindustrian BakriTempat KerjaJohorMuar3979
2Industri PLO 80Tempat KerjaJohorKulai1038
3Industri Jalan Usaha TigaTempat KerjaMelakaMelaka Tengah dan Alor Gajah33265
4Industri Kechau TuiTempat KerjaPahangLipis49266
5Jalan Simpang Pulai CameronTempat KerjaPerakKinta257355
6Taman Industri Pelabuhan 2Tempat KerjaPerakManjung551,291
7Industri Jalan Logam EmpatTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama42282
8Pasar Sungai SiputTempat KerjaPerakKuala Kangsar3173
9Tapak Bina Jalan Langat BestariTempat KerjaSelangorKlang dan Kuala Langat189340
10Industri Anggerik Mokara 48Tempat KerjaSelangorKlang, Petaling, Gombak, dan Hulu Langat28159
11Jalan DwitasikTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras810
12Dah Kampung PermatangKomunitiKedahBandar Baharu2453
13Kampung Padang KemachiKomunitiKelantanKota Bharu1216
14Jalan Merpati GuruKomunitiKelantanKota Bharu1117
15Taman SelinsingKomunitiPahangLipis18155
16Kampung Sungai KoiKomunitiPahangJerantut1036
17Sungai PanaKomunitiSarawakBeluru dan Miri34149
18Jalan Susur Kulai SatuKumpulan Berisiko TinggiJohorKulai1268
19Jalan Mas KulaiKumpulan Berisiko TinggiJohorKulai1037


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 16 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.11
PERAK1.04
TERENGGANU1.04
 PERLIS1.03
PAHANG1.02
JOHOR1.01
PULAU PINANG1.01
KELANTAN1.00
SABAH0.93
MELAKA0.91
KEDAH0.88
NEGERI SEMBILAN0.86
WP PUTRAJAYA 0.86
SELANGOR0.84
WP KUALA LUMPUR0.82
WP LABUAN0
MALAYSIA0.98