Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 18 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,205 kes (1,840,453 kes kumulatif, 88.4%);
  • Kes baharu : 15,549 kes (2,082,876 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,544 kes [13,954 warganegara (89.8%);  1,590 bukan warganegara (10.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,165  kes (888 kes disahkan COVID-19 ; 277 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 689 kes (401 kes disahkan COVID-19 ; 288 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,263 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,899 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,364 kluster.

Daripada 15,549 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 263 kes (1.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,286 kes (98.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

STATUS TERKINI SARINGAN COVID-19 DI PINTU MASUK UDARA DAN LAUT BAGI PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK  LANGKAWI

Adalah dimaklumkan, pada 18 September 2021 iaitu sehingga jam 12 tengah hari, seramai 2,507 individu telah disaring melalui Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,326 individu telah menjalani saringan di lapangan terbang manakala 181 lagi individu telah disaring di Jeti Kuala Perlis.

Bagi jenis ujian yang dijalankan pula, seramai 2,481 individu telah menjalani ujian COVID-19 iaitu 2,468 RTK-Ag dan 13 RT-PCR. Manakala 26 individu lagi adalah kanak-kanak berumur enam (6) tahun dan ke bawah yang dikecualikan menjalani ujian COVID-19. Hasil daripada saringan ini, satu (1) individu positif COVID-19 telah dikenal pasti melalui ujian RTK-Ag di KLIA2. Kes positif ini didapati berada dalam kategori satu (1) dan telah diberikan perintah Home Surveillance Order (HSO) untuk menjalani kuarantin di rumah selama tempoh 10 hari.

Daripada 2,507 individu yang disaring tersebut, seramai 2,506 individu telah diluluskan untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi iaitu 2,325 melalui kapal terbang dan 181 melalui feri. (Rujuk Jadual 1). Bagi jumlah kumulatif kes, sila rujuk Jadual 2.

Bil.PerkaraJumlah Kumulatif
1Bilangan Pengembara Disaring (termasuk kanak-kanak)8,507
2Bilangan Pengembara Kanak-kanak ≤ 6 Tahun42
3Bilangan Pengembara Demam0
4Bilangan Pengembara Menjalani RT-PCR33
5Bilangan Pengembara Menjalani RTK-Ag8,429
6Bilangan Kes Positif COVID-1910
7Bilangan Kes diberikan HSO10
8Bilangan Kontak Rapat Diberikan HSO5
9Bilangan Pengembara Yang Dirujuk Rawatan Lanjut0
10Bilangan Pengembara Diluluskan Untuk Perjalanan Seterusnya8,492
11Pengecualian Sampel (Balik Kampung)3
Jadual 2: Data Kumulatif Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi sehingga 18 September 2021 (sehingga jam 12 tengah hari)

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,644123.662,929177,081
SELANGOR2,38434.991,995 (2)656,281
JOHOR2,06952.012,208176,833
SABAH1,69341.181,395184,221
PULAU PINANG1,50782.551,375117,527
KELANTAN1,20460.241,214100,949
KEDAH1,18651.621,073124,982
PERAK1,17366.141,12089,858
TERENGGANU75457.1875547,269
PAHANG73627.9763456,212
WP KUALA LUMPUR39420.45382 (3)182,481
MELAKA26727.3926354,787
NEGERI SEMBILAN18515.8113195,487
PERLIS5721.26333,124
WP PUTRAJAYA2324.13315,862
WP LABUAN76.70119,922
MALAYSIA17,28450.4815,549 (5)2,082,876

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 15,549 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,9291131,964852
JOHOR2,2083481,022838
SELANGOR1,9951298662998
SABAH1,39526833536
PULAU PINANG1,37523481871
KELANTAN1,21425848341
PERAK1,120133413574
KEDAH1,07326622425
TERENGGANU75512556187
PAHANG63422633573
WP KUALA LUMPUR38291563214
MELAKA26334128101
NEGERI SEMBILAN13168144
 PERLIS331320
WP PUTRAJAYA31229
WP LABUAN1183
JUMLAH KESELURUHAN15,5491,1188,34056,086

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Industri Lima TangkakTempat KerjaJohorTangkak1633
2Industri Jalan Besar 38Tempat KerjaJohorBatu Pahat1841
3Jalan Halia KluangTempat KerjaJohorKluang4066
4Jalan Bidara 6/3Tempat KerjaSelangorKuala Selangor2153
5Industri Jalan Perigi Nenas 6/1  Tempat Kerja  SelangorKlang5344
6Udara MembedaiTempat KerjaWP LabuanLabuan857
7Lorong Seri Murni DuaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara2251
8Pelut BaramTempat KerjaSarawakTelang Usan37147
9Sawit SafodaTempat KerjaSabahKinabatangan23115
10Industri Jalan Johan 2/1ATempat KerjaPerakKinta14164
11Jalan Kampung Tok JawaKomunitiKelantanBachok3152
12Kampung Kubang GatalKomunitiKelantanPasir Mas55
13Nansang WakKomunitiSarawakPakan51112
14Kampung Ulu ParehKomunitiPahangBentong77368
15Batu 19 Jalan BesarKumpulan Berisiko TinggiJohorKulai1739
16Jalan Kompleks SukanKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta1427

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 17 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.11
TERENGGANU1.05
PERAK1.04
PAHANG1.04
JOHOR1.01
PULAU PINANG1.00
 PERLIS0.98
KELANTAN0.97
SABAH0.92
MELAKA0.91
KEDAH0.90
NEGERI SEMBILAN0.87
WP PUTRAJAYA 0.87
SELANGOR0.85
WP KUALA LUMPUR0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA0.95