Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

20 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,814 kes (1,880,736 kes kumulatif, 89.0%);
  • Kes baharu : 14,345 kes (2,112,175 kes kumulatif);
  • Kes import : 43 kes (27 warganegara; 16 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 14,302 kes [13,072 warganegara (91.4%);  1,230 bukan warganegara (8.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,167 kes (906 kes COVID-19; 261 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 636 kes (407 kes COVID-19; 229 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,305 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,970 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,335 kluster.

Daripada 14,345 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 212 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,133 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA)

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) dalam program “Kick-Off” Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) pada hari ini, KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat.

Usaha ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah;

  • Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.
  • Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.

Justeru, KKM menyasarkan supaya;

  • 60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan
  • 80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi.  Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

Institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting). Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;

  • Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
  • Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
    • Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
    • Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
    • Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
    • Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
  • Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
  • Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.

Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PICK Remaja ini, KKM juga memohon kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pertahanan Malaysia (ATM), Majlis  Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan lmigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melancarkan proses pemberian vaksin COVID-19 di institusi dan populasi di bawah jagaan mereka.

Kejayaan negara dalam memerangi pandemik COVID-19 ini bergantung bukan sahaja kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, namun ianya juga memerlukan sokongan serta kerjasama padu daripada seluruh lapisan masyarakat. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Walaupun dengan liputan vaksinasi yang menyeluruh kelak, masyarakat perlulah sentiasa mematuhi SOP sedia ada dan mengamalkan norma-norma baharu agar seluruh sektor ekonomi dan sosial di negara ini dapat dibuka dengan selamat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,286111.543,611183,399
SELANGOR2,25833.131,365 (5)659,674
JOHOR1,97949.751,598 (24)180,379
SABAH1,59438.761,255186,832
PULAU PINANG1,48881.491,170 (1)119,956
KELANTAN1,21060.571,050 (1)103,419
PERAK1,19967.591,090 (3)92,170
KEDAH1,09147.45967 (2)126,758
PAHANG74128.1477957,696
TERENGGANU73155.4680448,744
WP KUALA LUMPUR38219.86307 (5)183,171
MELAKA24124.73162 (1)55,156
NEGERI SEMBILAN16113.74125 (1)95,756
PERLIS6022.33513,251
WP PUTRAJAYA2121.45115,892
WP LABUAN54.7909,922
MALAYSIA16,44748.0414,345 (43)2,112,175

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 14,345 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK3,6112192,437955
JOHOR1,59821679924559
SELANGOR1,365237855552
SABAH1,25586602 -567
PULAU PINANG1,170234441702
PERAK1,0901354063546
KELANTAN1,050596661324
KEDAH96716902274
TERENGGANU8049654 -141
PAHANG779200482 -97
WP KUALA LUMPUR307-1335169
MELAKA1621980162
NEGERI SEMBILAN125273149
 PERLIS51-13 -38
WP PUTRAJAYA 11-9 -2
WP LABUAN--- --
JUMLAH KESELURUHAN14,3459928,273435,037

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 20  SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Tongkang Pechah 14Tempat KerjaJohorBatu Pahat4961
2Industri Sri Sulong DuaTempat KerjaJohorBatu Pahat20158
3Batu Sembilan BakriTempat KerjaJohorMuar1727
4Jalan Industri A1 PenawarTempat KerjaJohorKota Tinggi dan Kulai1660
5Tapak Bina Mutiara PerdanaTempat KerjaJohorBatu Pahat1252
6Industri Jalan Johan 2/6Tempat KerjaPerakKinta33180
7Jalan David SungTempat KerjaPerakManjung16187
8Jalan Pusat Perniagaan Silibin DuaTempat KerjaPerakKinta1182
9Industri Jalan KepaTempat KerjaKelantanGua Musang2865
10Jalan Gajah Mati Kota BharuTempat KerjaKelantanKota Bharu, Pasir Puteh, dan Pasir Mas2333
11Sawit M1Tempat KerjaSabahKinabatangan38112
12Industri Kompleks Perabut 2Tempat KerjaSelangorKuala Langat25255
13Industri PegohTempat KerjaMelakaAlor Gajah22229
14Jalan Bintulu-Miri 3KomunitiSarawakBintulu4576
15Chama AjaiKomunitiSarawakBeluru2760
16Ulu LubaiKomunitiSarawakLimbang1688
17Sungai Separai 2KomunitiSarawakTatau1252
18Kampung Seterpa PeringatKomunitiKelantanKota Bharu1717
19Jalan Kampung BalohKomunitiKelantanKota Bharu1115
20Kampung Belukar Aur CinaKomunitiKelantanPasir Mas1010
21Sawit Sri MerantiKomunitiPahangKuantan27540
22Jalan Seri Impian Satu KluangKumpulan Berisiko TinggiJohorKluang3056
23Tompok Utara SatuImportJohorJohor Bahru2431

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 19 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
PAHANG1.06
SARAWAK1.04
PERAK1.02
 TERENGGANU1.02
JOHOR1.00
KELANTAN1.00
PULAU PINANG0.97
PERLIS0.95
WP PUTRAJAYA 0.93
SABAH0.91
  KEDAH0.89
MELAKA0.89
NEGERI SEMBILAN0.85
SELANGOR0.83
WP KUALA LUMPUR0.82
WP LABUAN0
MALAYSIA0.92