Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,650 kes (1,897,386 kes kumulatif, 89.2%);
  • Kes baharu : 15,759 kes (2,127,934 kes kumulatif);
  • Kes import :27 kes (11 warganegara; 16 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,732 kes [14,279 warganegara (90.8%);  1,453 bukan warganegara (9.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,117 kes (844 kes COVID-19; 273 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 635 kes (377 kes COVID-19; 258 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,328 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,013 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,315 kluster.

Daripada 15,759 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 288 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,471 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,536120.003,732187,131
SELANGOR2,15831.671,934 (8)661,608
JOHOR1,98249.801,959182,338
SABAH1,52837.151,291188,123
PULAU PINANG1,45579.671,417121,373
PERAK1,24670.241,18493,354
KELANTAN1,19859.951,338104,757
KEDAH1,03044.83786127,544
TERENGGANU74656.6059249,336
PAHANG73327.8670758,403
WP KUALA LUMPUR37419.43359 (8)183,530
MELAKA23323.9326455,420
NEGERI SEMBILAN15913.53127 (1)95,883
PERLIS5922.01233,274
WP PUTRAJAYA2324.4334 (1)5,926
WP LABUAN54.7912 (9)9,934
MALAYSIA16,46548.0915,759 (27)2,127,934

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 15,759 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK3,7321262,243 –1,363
JOHOR1,959273956 –730
SELANGOR1,934711,0058850
PULAU PINANG1,41735494 –888
KELANTAN1,338100786 –452
SABAH1,2919752 –530
PERAK1,184230432 –522
KEDAH7863519 –264
PAHANG70797454 –156
TERENGGANU59214454 –124
WP KUALA LUMPUR35931428206
MELAKA26423145 –96
NEGERI SEMBILAN127465157
WP PUTRAJAYA 342518
 PERLIS2310 –13
WP LABUAN1293
JUMLAH KESELURUHAN15,7599888,482276,262

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Dua Jalan TerataiTempat KerjaSelangorKlang26155
2Industri Dua Jalan Waja 16Tempat KerjaSelangorKuala Langat dan Kuala Selangor2381
3Industri Empat Jalan RukunTempat KerjaSelangorKuala Selangor928
4Rapat 2Tempat KerjaPerakKinta dan Kampar52678
5Industri Jalan Perusahaan Dua KamuntingTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama49265
6Jalan Industri 1/1Tempat KerjaPerakKampar2993
7Panggong LalatTempat KerjaKelantanGua Musang1025
8Kedai Pasir TumbohTempat KerjaKelantanBachok, Kota Bharu, dan Kuala Krai916
9Jalan Ban FooTempat KerjaJohorJohor Bahru52185
10Kampung Pauh SembilanKomunitiKelantanBachok2137
11Kampung Limbat Dewan BetaKomunitiKelantanKota Bharu1522
12Kampung Chat MerantiKomunitiKelantanPasir Mas1415
13Kampung SimpanganKomunitiKelantanTumpat dan Kota Bharu1217
14Taman Tengku Ahmad RithaudenKomunitiKelantanKota Bharu1015
15Kampung Bakong HilirKomunitiKelantanPasir Mas78
16Lembah TerpesokKomunitiPahangRompin26136
17LungkidauKomunitiSabahRanau134177
18Jalan Saat TangkakKomunitiJohorTangkak1010
19Batu 10 Jalan OyaKumpulan Berisiko TinggiSarawakSibu3682
20Pusat Kemuyang TimurKumpulan Berisiko TinggiSarawakSibu1685
21Jalan Murni 15Kumpulan Berisiko TinggiJohorMuar1028
22Jalan Komersial SetapakPendidikan LainWP Kuala LumpurTitiwangsa655
23Jalan Kebun Nenas 4AInstitusi Pendidikan Swasta yang Berdaftar di Bawah KPMSelangorKlang dan Kuala Langat4061


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 20 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
 PAHANG1.07
 SARAWAK1.04
 TERENGGANU1.03
 PERAK1.01
 JOHOR0.99
 KELANTAN0.99
 PERLIS0.98
 PULAU PINANG0.96
 SABAH0.91
 WP PUTRAJAYA 0.91
 KEDAH0.89
 MELAKA0.89
 NEGERI SEMBILAN0.86
 SELANGOR0.85
 WP KUALA LUMPUR0.84
 WP LABUAN0
MALAYSIA0.93