Communicable disease

Kenyataan Akhbar YBMK 24 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,751 kes (1,950,467 kes kumulatif, 89.8%);
  • Kes baharu : 14,554 kes (2,171,232 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (5 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 14,545 kes [13,262 warganegara (91.2%);  1,283 bukan warganegara (8.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,049 kes (862 kes disahkan COVID-19 ; 187 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 599 kes (371 kes disahkan COVID-19 ; 228 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,389 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,139 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,250 kluster.

Daripada 14,554 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

YB KHAIRY JAMALUDDIN

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

24 September 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,74493.132,825 (1)193,434
SELANGOR1,97428.962,244 (5)668,251
JOHOR1,88647.391,807187,938
SABAH1,32632.251,273192,224
PULAU PINANG1,24268.051,231124,880
KELANTAN1,24062.06910108,504
PERAK1,14664.611,14496,832
KEDAH90339.28908130,242
PAHANG71127.01598 (1)60,558
TERENGGANU70853.7269051,542
WP KUALA LUMPUR34217.78271 (2)184,522
MELAKA27027.7340156,426
NEGERI SEMBILAN14612.4515796,385
PERLIS6524.47653,549
WP PUTRAJAYA2425.03306,000
WP LABUAN43.4209,945
MALAYSIA14,73143.0314,554 (9)2,171,232

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 14,554 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,82520298711,635
SELANGOR2,2441051,1535981
JOHOR1,807299854– 654
SABAH1,2738784 –481
PULAU PINANG1,23129411 –791
PERAK1,144158444 –542
KELANTAN91017595 –298
KEDAH908540 –368
TERENGGANU69016530 –144
PAHANG598124 3691104
MELAKA40188162 –151
WP KUALA LUMPUR27161272136
NEGERI SEMBILAN1571893 –46
PERLIS6525 –40
WP PUTRAJAYA 3024 –6
WP LABUAN –
JUMLAH KESELURUHAN14,5541,0707,09896,377

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 24 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Teknologi Sembilan TangkakTempat KerjaJohorTangkak1063
2Tapak Bina Jalan Exora PlentongTempat KerjaJohorJohor Bahru70122
3Jalan JemaluangTempat KerjaJohorKota Tinggi2085
4Jalan Segamat 43 TangkakTempat KerjaJohorTangkak918
5Industri Jalan Waja Enam Belas 2Tempat KerjaSelangorKuala Langat dan Klang52800
6Industri Dua Jalan KasawariTempat KerjaSelangorKuala Langat48143
7Tapak Bina Jalan GapamTempat KerjaMelakaJasin83125
8Jalan DSH Mohd ZinTempat KerjaMelakaMelaka Tengah32242
9HaidahTempat KerjaSarawakBintulu92173
10Sawit Bukit SaguTempat KerjaPahangKuantan55486
11Taman Perindustrian Sinaran 2KomunitiJohorKluang5961
12Jalan Gunung Ledang TangkakKomunitiJohorTangkak817
13Lorong Depan Masjid Kok LanasKomunitiKelantanKota Bharu1115
14Jalan Hospital Padang BongorKomunitiKelantanKota Bharu1017
15Sungai SampoKomunitiNegeri SembilanJempol28105
16Kampung Paya Besar Kertau 2KomunitiPahangMaran2344
17Kampung Sungai MaiKomunitiPahangJerantut640
18Sungai MerusaKomunitiSarawakSubis dan Miri4457
19Kanawa BaramKomunitiSarawakMarudi2953
20Persiaran Kempas Baru 2Kumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru2489


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 23 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
PAHANG1.05
PERAK1.05
    PERLIS1.01
JOHOR0.99
KELANTAN0.99
TERENGGANU0.99
SARAWAK0.98
WP PUTRAJAYA 0.93
MELAKA0.91
SABAH0.89
PULAU PINANG0.89
SELANGOR0.88
KEDAH0.88
NEGERI SEMBILAN0.88
WP KUALA LUMPUR0.85
WP LABUAN0
MALAYSIA0.90