Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,074 kes (1,968,541 kes kumulatif, 90.1%);
  • Kes baharu : 13,899 kes (2,185,131 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (3 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 13,893 kes [12,571 warganegara (90.5%);  1,322 bukan warganegara (9.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,071  kes (847 kes disahkan COVID-19 ;  224   kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan:  601 kes (359 kes disahkan COVID-19 ; 242 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,401 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,187 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,214 kluster.

Daripada 13,899 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 211 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 13,688 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), Malaysia Genome Institute (MGI), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institute for Medical Research (IMR), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) telah mengenalpasti sebanyak 475 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu 472 kes varian Delta (B.1.617.2) dan tiga (3) kes varian Beta (B.1.351).

Daripada pecahan tersebut adalah:

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,860 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,840 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,612 kes varian Delta, 214 kes varian Beta, dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

25 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,71492.112,712196,146
SELANGOR2,02129.662,341 (4)670,592
JOHOR1,77444.601,377189,315
SABAH1,26930.86962193,186
KELANTAN1,23361.711,170109,674
PULAU PINANG1,19665.531,060125,940
PERAK1,14964.781,128 (1)97,960
KEDAH85036.99708130,950
PAHANG73227.8077961,337
TERENGGANU70853.6676052,302
WP KUALA LUMPUR33317.28310 (1)184,832
MELAKA28128.8633956,765
NEGERI SEMBILAN15513.2319496,579
PERLIS6323.61173,566
WP PUTRAJAYA2525.92376,037
WP LABUAN32.6059,950
MALAYSIA14,50642.3713,899 (6)2,185,131

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 13,899 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,712139935– 1,638
SELANGOR2,3411351,18341,019
JOHOR1,377172705 –500
KELANTAN1,17020761 –389
PERAK1,128726071448
PULAU PINANG1,06073339 –648
SABAH9626492 –464
PAHANG779152419 –208
TERENGGANU7601586 –173
KEDAH70832409 –267
MELAKA33958144 –137
WP KUALA LUMPUR310131411155
NEGERI SEMBILAN194110 –84
WP PUTRAJAYA 3727 –10
 PERLIS1711 –6
WP LABUAN53 –2
JUMLAH KESELURUHAN13,8998766,86966,148

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Firma TebrauTempat KerjaJohorJohor Bahru35126
2Jalan Shahbandar LapanTempat KerjaJohorJohor Bahru2290
3Dah Perusahaan 2B Industri KulimTempat KerjaKedahKulim25135
4Jalan Graha MakmurTempat KerjaMelakaMelaka Tengah32139
5Industri Jalan Jati KananTempat KerjaSelangorKlang6191
6Jalan Megah SuasanaKumpulan Berisiko TinggiSelangorHulu Langat3542
7Jalan HillparkKumpulan Berisiko TinggiSelangorKuala Selangor613
8Jalan Perak GeorgetownKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut4450
9Julin DabaiKomunitiSarawakMarudi7084
10Kampung Sungai MasKomunitiPahangKuantan2174
11Jalan Sutera MerahPendidikan LainJohorJohor Bahru1760
12Jalan Persiaran PertahananKeagamaanWP Kuala LumpurTitiwangsa935


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 24 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
PAHANG1.01
PERLIS0.99
TERENGGANU0.99
    PERAK0.98
JOHOR0.98
WP PUTRAJAYA 0.98
KELANTAN0.97
SARAWAK0.97
MELAKA0.91
PULAU PINANG0.89
SABAH0.88
NEGERI SEMBILAN0.87
SELANGOR0.87
KEDAH0.85
WP KUALA LUMPUR0.85
WP LABUAN0
MALAYSIA0.90

LAMPIRAN 5

JADUAL 1 : KES-KES BAHARU POSITIF COVID-19 VARIAN VOC DAN VOI TEMPATAN DAN IMPORT

DARI 13 SEPTEMBER 2021 SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2021


JADUAL 2: BILANGAN KES POSITIF COVID-19 DENGAN VOC DAN VOI MENGIKUT NEGERI SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2021


JADUAL 3 : BILANGAN KES POSITIF COVID-19

DENGAN VOC DAN VOI MENGIKUT SARINGAN / KLUSTER

SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2021