Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 26 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,971 kes (1,989,512 kes kumulatif, 90.5%);
  • Kes baharu : 13,104 kes (2,198,235 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (3 warganegara; 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 13,096 kes [11,892 warganegara (90.8%);  1,204 bukan warganegara (9.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,058 kes (850 kes disahkan COVID-19; 208 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 580 kes (365 kes disahkan COVID-19; 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,413 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,228 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,185 kluster.

Daripada 13,104 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 201 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 12,903 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,74793.252,943 (2)199,089
SELANGOR1,95028.621,558 (4)672,150
JOHOR1,70442.821,455190,770
SABAH1,22929.901,078194,264
KELANTAN1,20260.171,206110,880
PULAU PINANG1,15463.21955126,895
PERAK1,11162.6299498,954
KEDAH83736.43721131,671
PAHANG71727.2560461,941
TERENGGANU70953.7968552,987
WP KUALA LUMPUR31716.45270185,102
MELAKA30431.2136257,127
NEGERI SEMBILAN15813.46165 (2)96,744
PERLIS6423.83803,646
WP PUTRAJAYA2626.66246,061
WP LABUAN33.1549,954
MALAYSIA14,23341.5713,104 (8)2,198,235

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 13,104 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,9431051,06221,774
SELANGOR1,5581498624543
JOHOR1,455200678-577
KELANTAN1,20628845-333
SABAH1,07836611-431
PERAK994124445-425
PULAU PINANG95527410-518
KEDAH7214490-227
TERENGGANU6851549-135
PAHANG604117386-101
MELAKA36229135-198
WP KUALA LUMPUR2702131-137
NEGERI SEMBILAN165-93270
 PERLIS80-48-32
WP PUTRAJAYA24-13-11
WP LABUAN43--1
JUMLAH KESELURUHAN13,1048256,75885,513

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan P/1ATempat KerjaSelangorHulu Langat14166
2Industri Jalan Kachau Batu 28Tempat KerjaSelangorHulu Langat2934
3Tapak Bina Jalan SemenyihTempat KerjaSelangorHulu Langat dan Gombak110375
4Tapak Bina Jalan KulaiTempat KerjaJohorKota Tinggi37168
5Persiaran Pelangi IndahTempat KerjaJohorJohor Bahru1459
6Jalan ChenderikTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa dan Cheras1241
7Kampung Kubang Bunut KasarKomunitiKelantanPasir Mas55
8Kampung Gual PasirKomunitiKelantanPasir Mas67
9Kampung InoiKomunitiPahangRompin2793
10Sungai PohKomunitiSarawakLimbang4447
11Jalan Ann ChuanKomunitiJohorTangkak917
12Ulu RengatKomunitiPerakHulu Perak827

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 25 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
PAHANG1.02
WP PUTRAJAYA1.02
TERENGGANU0.98
     PERAK0.97
KELANTAN0.97
SARAWAK0.96
JOHOR0.95
PERLIS0.93
MELAKA0.89
NEGERI SEMBILAN0.89
SELANGOR0.89
PULAU PINANG0.88
SABAH0.86
KEDAH0.85
WP KUALA LUMPUR0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.91