Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,430 kes (2,005,942 kes kumulatif, 90.8%);
  • Kes baharu : 10,959 kes (2,209,194 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (2 warganegara; 10 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 10,947 kes [10,150 warganegara (92.7%);  797 bukan warganegara (7.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 980 kes (862 kes COVID-19; 118 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 579 kes (378 kes COVID-19; 201 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,432 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,267 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,165 kluster.

Daripada 10,959 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 205 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 10,754 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 September 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,61988.902,723201,812
SELANGOR1,89427.79979 (5)673,129
JOHOR1,65641.611,226191,996
KELANTAN1,19159.60983111,863
SABAH1,15628.11751195,015
PULAU PINANG1,10160.29793127,688
PERAK1,05759.5771399,667
KEDAH79434.53660132,331
PAHANG71227.0473962,680
TERENGGANU69352.55691 (2)53,678
MELAKA32933.79346 (2)57,473
WP KUALA LUMPUR29815.49176 (3)185,278
NEGERI SEMBILAN15613.2911096,854
PERLIS6423.77513,697
WP PUTRAJAYA2727.71186,079
WP LABUAN33.1509,954
MALAYSIA13,74840.1510,959 (12)2,209,194

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 10,959 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,723811,436 -1,206
JOHOR1,22688585 -553
KELANTAN98355604 -324
SELANGOR979795655330
PULAU PINANG79325326 -442
SABAH75146366 -339
PAHANG739273382 -84
PERAK71392335 -286
TERENGGANU69185422139
KEDAH66016392 -252
MELAKA346291042211
WP KUALA LUMPUR176275396
NEGERI SEMBILAN110371 -36
 PERLIS51-21 -30
WP PUTRAJAYA 18-10 -8
WP LABUAN--- --
JUMLAH KESELURUHAN10,9597975,814124,336

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Sri Sulong 17Tempat KerjaJohorBatu Pahat1521
2Jalan Mawai Batu TujuhTempat KerjaJohorKota Tinggi9283
3Jalan Hala Jati TujuhTempat KerjaPerakKinta31280
4Industri Batu Dua GerikTempat KerjaPerakHulu Perak2632
5Jalan Delima Bintang 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, dan Cheras22214
6Dah Perusahaan Tiga Industri KulimTempat KerjaKedahKulim1573
7Industri Sawit Kuala BetisTempat KerjaKelantanGua Musang1523
8Jalan Dr MuthuTempat KerjaNegeri SembilanSeremban19125
9Sawit Sungai GayungTempat KerjaPahangRompin38135
10Kampung Baru Pantai Mek MasKomunitiKelantanKota Bharu2126
11Kampung Kubang BunutKomunitiKelantanPasir Mas dan Gua Musang1214
12Kampung AyongKomunitiKelantanGua Musang1144
13Lorong Pak Da DaudKomunitiKelantanKota Bharu dan Pasir Mas1115
14Lorong Kelochor SetiaKomunitiKelantanKota Bharu1117
15Kampung JiasKomunitiKelantanGua Musang711
16Kampung Bendang Ikan HilirKomunitiKelantanPasir Mas55
17MelabanKomunitiSarawakLimbang3750
18Tembok LimbangPusat TahananSarawakLimbang1463
19Jalan Mutiara DuaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru1315


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 26 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
 PAHANG1.02
 PERAK0.98
 WP PUTRAJAYA 0.98
 KELANTAN0.97
 PERLIS0.97
 TERENGGANU0.96
 JOHOR0.94
 SARAWAK0.92
 MELAKA0.92
 PULAU PINANG0.90
 SELANGOR0.89
 SABAH0.87
 NEGERI SEMBILAN0.87
 KEDAH0.85
 WP KUALA LUMPUR0.85
 WP LABUAN0
MALAYSIA0.92