Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 14,160 kes (2,020,099 kes kumulatif, 91.0%);
  • Kes baharu : 11,332 kes (2,220,526 kes kumulatif);
  • Kes import : 23 kes (18 warganegara; 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 11,309 kes [10,475 warganegara (92.6%);  834 bukan warganegara (7.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 986 kes (848 kes COVID-19; 138 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan); 
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 574 kes (369 kes COVID-19; 205 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,447 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,296 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,151 kluster.

Daripada 11,332 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 247 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 11,085 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

STRATEGI PEMBUKAAN SEMULA NEGARA: KEMUDAHAN PORTAL HOME QUARANTINE APPLICATION (HQA) SECARA ATAS TALIAN

Selari dengan strategi pembukaan semula dengan selamat atau reopening safely, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah melancarkan Portal Home Quarantine Application (HQA) pada 20 September 2021 yang lalu. Ini sebagai salah satu persiapan menghadapi pertambahan kemasukan pengembara dari luar negara atas pelbagai tujuan.

HQA telah mula digunapakai sejak 21 September 2021. Portal khas ini diwujudkan bagi memudahkan urusan permohonan kuarantin di rumah atau tempat kediaman kepada pengembara dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui pelbagai Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Menerusi Portal HQA ini, pemohon perlu mengemukakan permohonan di antara tujuh (7) hari ke 10 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Setelah seminggu HQA dilancarkan, iaitu sehingga 12 tengah hari 28 September 2021, portal HQA telah menerima sebanyak 4,883 permohonan lengkap. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,741 permohonan telah diproses (35.7 peratus) dan sebanyak 1,612 telah diberi kelulusan (33.0 peratus) untukmenjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman.

Daripada sejumlah 5,947 individu pemohon tersebut, kebanyakannya melibatkan pemohon warganegara Malaysia iaitu seramai 3,921 orang (65.9 peratus), diikuti oleh bukan warganegara 1,910 orang (32.1 peratus) dan pemastautin tetap Malaysia iaitu sebanyak 116 orang (2.0 peratus).

Walau bagaimanapun, sistem permohonan atas talian ini masih dalam proses peralihan dan dijangkakan portal ini akan digunakan secara sepenuhnya mulai Oktober 2021. KKM mensasarkan lebih banyak permohonan akan dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari tiga (3) hari selepas ini. Sistem ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa, dan KKM mengucapkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama dan cadangan yang telah diberikan.

Selain itu, KKM ingin menasihati semua pemohon yang telah diberikan kemudahan tersebut agar mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin di rumah sepenuhnya agar dapat mengurangkan risiko daripada menyebarkan penyakit COVID-19 kepada keluarga dan komuniti. Perihal ini amat penting bagi mengelakkan penularan varian-varian yang baharu terutamanya Variant of Concern (VOC) atau Variant of Interest (VOI) ke dalam negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan proses pembukaan semula dengan selamat (reopening safely).

Keterangan lanjut mengenai portal ini boleh didapati di laman sesawang https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/ .

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,41681.992,358 (2)204,170
SELANGOR1,79326.311,231 (12)674,360
JOHOR1,56439.311,319193,315
KELANTAN1,16058.061,088112,951
SABAH1,10926.97965 (1)195,980
PULAU PINANG1,02756.26895128,583
PERAK98555.54678100,345
KEDAH79834.73819 (1)133,150
PAHANG70726.8767763,357
TERENGGANU69552.69629 (3)54,307
MELAKA33434.33303 (1)57,776
WP KUALA LUMPUR28214.65240 (3)185,518
NEGERI SEMBILAN15012.838996,943
PERLIS6323.56193,716
WP PUTRAJAYA2525.62196,098
WP LABUAN33.1539,957
MALAYSIA13,11238.3011,332 (23)2,220,526

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 11,332 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,3581061,3212929
JOHOR1,319123605 -591
SELANGOR1,2316161212546
KELANTAN1,08823729 -336
SABAH96545661394
PULAU PINANG89555310 -530
KEDAH819-5741244
PERAK67885325 -268
PAHANG677169358 -150
TERENGGANU62924833141
MELAKA303501071145
WP KUALA LUMPUR2404953138
NEGERI SEMBILAN893121 -37
WP PUTRAJAYA19-13 -6
PERLIS19-5 -14
WP LABUAN32- -1
JUMLAH KESELURUHAN11,3327156,124234,470

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 28 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Kampung SenengKomunitiKelantanBachok1728
2Kampung Serai LimaKomunitiKelantanPasir Mas1314
3Kampung Kekabu Kuala LemalKomunitiKelantanPasir Mas dan Kota Bharu88
4Kampung GanohKomunitiPahangRompin23120
5Kampung Sungai LelehKomunitiPahangTemerloh1535
6Kampung Kuala BohKomunitiPahangCameron Highlands15426
7Kampung Panchor JelaiKomunitiNegeri SembilanJempol2777
8Parit Enam TimurKomunitiSelangorSabak Bernam1020
9Kerteh Enam DungunKomunitiTerengganuDungun54129
10Tapak Bina Jalan Murni EmpatTempat KerjaJohorKulai2757
11Perindustrian Jalan Ladang SiangTempat KerjaJohorKota Tinggi1936
12Industri Batu 29 Jalan IpohTempat KerjaSelangorHulu Selangor1655
13Industri Jalan Haji Abdul Karim 53Tempat KerjaSelangorKlang1225
14Jalan Tasik Gua MusangTempat KerjaKelantanGua Musang2439
15Jalan Jambu IpohTempat KerjaPerakKinta2065


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 27 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
PAHANG1.00
PERLIS0.99
WP PUTRAJAYA 0.99
KELANTAN0.97
PERAK0.97
TERENGGANU0.97
MELAKA0.97
SARAWAK0.93
JOHOR0.93
PULAU PINANG0.90
SELANGOR0.88
NEGERI SEMBILAN0.88
SABAH0.86
KEDAH0.85
WP KUALA LUMPUR0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.90