SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
1 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 15,891 kes (2,070,715 kes kumulatif, 91.7%);
- Kes baharu : 11,889 kes (2,257,584 kes kumulatif);
- Kes import : 14 kes (6 warganegara; 8 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 11,875 kes [11,000 warganegara (92.6%); 875 bukan warganegara (7.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 904 kes (850 kes COVID-19; 54 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 492 kes (380 kes COVID-19; 112 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,491 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,423 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,068 kluster.
Daripada 11,889 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
- 179 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 11,710 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.
KEPERLUAN VAKSINASI LENGKAP UNTUK AKTIVITI SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI SEMUA FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
Seperti yang dimaklumkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju agar setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi SEMUA fasa pelan pemulihan negara. Bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan.
Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan rakyat di samping melancarkan pembukaan semula ekonomi dan sosial serta memulakan proses peralihan ke fasa endemik dengan selamat. Peralihan fasa ini perlu dilaksanakan dengan pendekatan keseluruhan negara, atau whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam satu misi tunggal untuk merealisasikan hasrat ini.
Justeru, semua rakyat Malaysia diingatkan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membawa negara keluar daripada pandemik ini dengan mengamalkan perkara-perkara berikut;
- Daftarkan diri anda dan keluarga bagi mendapatkan vaksinasi. Vaksinasi lengkap adalah antara langkah utama yang perlu dicapai bagi seluruh penduduk Malaysia agar kita dapat bersama-sama mengurangkan risiko penularan dan jangkitan COVID-19 serta risiko komplikasi serius/kematian akibat COVID-19.
- Kepatuhan yang tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan;
- Pemerkasaan individu, keluarga, dan masyarakat dalam mengambil tanggungjawab membawa negara keluar daripada pandemik ini; dan
- Memperkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri. Jalani ujian saringan kendiri COVID-19 sekiranya bergejala. Sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri;
Kita adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19. Seperti yang disebut YB Menteri Kesihatan, kita tidak selamat sehingga semua selamat.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 1 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | PURATA KES 7 HARI* | KADAR INSIDEN ** | BILANGAN KES BAHARU ( ) *** | BILANGAN KES KUMULATIF |
SARAWAK | 2,638 | 89.55 | 2,413 (1) | 212,037 |
SELANGOR | 1,537 | 22.55 | 1,568 (3) | 679,230 |
JOHOR | 1,297 | 32.59 | 1,217 | 197,062 |
KELANTAN | 1,086 | 54.33 | 858 | 116,166 |
SABAH | 934 | 22.71 | 872 | 198,845 |
PERAK | 894 | 50.39 | 959 | 103,188 |
PULAU PINANG | 869 | 47.60 | 779 (1) | 130,988 |
KEDAH | 753 | 32.77 | 710 | 135,545 |
PAHANG | 712 | 27.05 | 831 (4) | 65,548 |
TERENGGANU | 670 | 50.83 | 699 | 56,344 |
MELAKA | 324 | 33.25 | 378 | 58,723 |
WP KUALA LUMPUR | 258 | 13.39 | 289 (5) | 186,349 |
NEGERI SEMBILAN | 150 | 12.80 | 197 | 97,441 |
PERLIS | 60 | 22.60 | 81 | 3,973 |
WP PUTRAJAYA | 26 | 26.81 | 36 | 6,180 |
WP LABUAN | 3 | 2.74 | 2 | 9,965 |
MALAYSIA | 12,210 | 35.66 | 11,889 (14) | 2,257,584 |
*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)
**Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk
***Kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 11,889 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SARAWAK | 2,413 | 49 | 1,121 | 1 | 1,242 |
SELANGOR | 1,568 | 68 | 917 | 3 | 580 |
JOHOR | 1,217 | 149 | 559 | – | 509 |
PERAK | 959 | 126 | 407 | – | 426 |
SABAH | 872 | 12 | 469 | – | 391 |
KELANTAN | 858 | 19 | 562 | – | 277 |
PAHANG | 831 | 335 | 342 | 4 | 150 |
PULAU PINANG | 779 | 9 | 275 | 1 | 494 |
KEDAH | 710 | 24 | 401 | – | 285 |
TERENGGANU | 699 | – | 524 | – | 175 |
MELAKA | 378 | 34 | 199 | – | 145 |
WP KUALA LUMPUR | 289 | 7 | 122 | 5 | 155 |
NEGERI SEMBILAN | 197 | 36 | 102 | – | 59 |
PERLIS | 81 | – | 16 | – | 65 |
WP PUTRAJAYA | 36 | – | 22 | – | 14 |
WP LABUAN | 2 | – | – | – | 2 |
JUMLAH KESELURUHAN | 11,889 | 868 | 6,038 | 14 | 4,969 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 3
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Industri Jalan Ros | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 73 | 517 |
2 | Tapak Bina Jalan Seruling 59 | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 20 | 74 |
3 | Industri Dua Jalan Haji Manan | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 12 | 380 |
4 | Perindustrian Jalan Rusa | Tempat Kerja | Johor | Kota Tinggi | 20 | 61 |
5 | Industri Wawasan 19 | Tempat Kerja | Johor | Batu Pahat | 12 | 57 |
6 | Dah Teluk Nibung | Tempat Kerja | Kedah | Langkawi | 32 | 239 |
7 | Lebuh Bercham Timur | Tempat Kerja | Perak | Kinta | 10 | 43 |
8 | Batu Hampar | Komuniti | Johor | Segamat | 36 | 160 |
9 | Jalan Sengkang Pagoh | Komuniti | Johor | Muar | 6 | 69 |
10 | Kampung Pasir Kelang | Komuniti | Kelantan | Kuala Krai | 30 | 44 |
11 | Kampung Gaung Tendong | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 9 | 10 |
12 | Giam | Komuniti | Sarawak | Kuching | 150 | 177 |
13 | Batu 8 Jalan Kubong | Komuniti | Sarawak | Limbang | 22 | 229 |
14 | Permatang Manik Intan | Keagamaan | Perak | Hilir Perak | 29 | 37 |
LAMPIRAN 4
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 30 SEPTEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.02 |
PAHANG | 0.99 |
PERLIS | 0.99 |
MELAKA | 0.98 |
KELANTAN | 0.97 |
TERENGGANU | 0.96 |
PERAK | 0.94 |
SARAWAK | 0.92 |
JOHOR | 0.91 |
NEGERI SEMBILAN | 0.89 |
KEDAH | 0.87 |
SELANGOR | 0.86 |
PULAU PINANG | 0.84 |
WP KUALA LUMPUR | 0.84 |
SABAH | 0.83 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.90 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press