Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 15,396 kes (2,086,111 kes kumulatif, 92.0%);
  • Kes baharu : 10,915 kes (2,268,499 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 10,908 kes [10,182 warganegara (93.3%);  726 bukan warganegara (6.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 888 kes (832 kes disahkan COVID-19, 56 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 484 kes (354 kes disahkan COVID-19, 130 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,501 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,457 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,044 kluster.

Daripada 10,915 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 139 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 10,776 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN; KESAKSAMAAN DIGITAL MERENTASI USIA

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1 Oktober setiap tahun sesuai dengan pengisytiharan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Pada tahun ini, Hari Warga Emas disambut dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia.

KKM sentiasa komited dalam membangunkan sistem kesihatan negara khususnya bagi memberi sokongan terhadap warga emas. Langkah ini penting sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas. Menurut unjuran PBB, Malaysia dijangka menghadapi penuaan penduduk sekitar tahun 2030 apabila peratusan penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Warga emas merupakan antara kumpulan yang banyak terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Berikut merupakan situasi semasa berkaitan COVID-19 bagi warga emas:

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1 Oktober setiap tahun sesuai dengan pengisytiharan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Pada tahun ini, Hari Warga Emas disambut dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia.

KKM sentiasa komited dalam membangunkan sistem kesihatan negara khususnya bagi memberi sokongan terhadap warga emas. Langkah ini penting sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas. Menurut unjuran PBB, Malaysia dijangka menghadapi penuaan penduduk sekitar tahun 2030 apabila peratusan penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Warga emas merupakan antara kumpulan yang banyak terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Berikut merupakan situasi semasa berkaitan COVID-19 bagi warga emas:

  • Sehingga 30 September 2021, sebanyak 177,220 warga emas (7.9 peratus) telah dijangkiti wabak COVID-19. Sebanyak 106 kluster yang melibatkan warga emas telah dilaporkan. Ini melibatkan sejumlah 3,598 kes positif COVID-19 termasuk 220 kes kematian telah dilaporkan dalam kluster ini.
  • Pada tahun 2021 sehingga Minggu epidemiologi (ME) ke-38, sebanyak 14,248 (56.6%) kes kematian COVID-19 melibatkan warga emas telah dilaporkan. Walau bagaimanapun, tren ini mula menunjukkan penurunan selaras dengan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 2021 (PICK).
  • Sehingga 29 September 2021, seramai 3,148,438 (87.4 peratus) warga emas telah lengkap divaksin danseramai 3,365,443 (93.4%) warga emas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sehingga 26 September 2021, seramai 19,641 (66.8%) penghuni dan penjaga di pusat jagaan warga emas telah menerima dos lengkap vaksin. Usaha pemberian vaksin sentiasa diteruskan untuk memastikan golongan berisiko tinggi ini terlindung dari jangkitan COVID-19.
Graf 1 : Jumlah Kemasukan Pesakit COVID-19 Kategori 4 dan 5 ke Hospital Sungai Buloh Mengikut Umur Bagi Tahun 2021 (Sehingga Minggu Epidemiologi Ke-38) 
  • PICK fasa 2 yang bermula pada April 2021 kepada golongan warga emas dan rentan telah mula menunjukkan tanda-tanda keberkesanannya. Statistik daripada Hospital Sungai Buloh menunjukkan penurunan ketara kemasukan pesakit warga emas ke hospital bagi kategori 4 dan 5 (Garisan hijau) berbanding golongan dewasa berumur 20 hingga 59 tahun (Graf 1). 

SARANAN KKM KEPADA WARGA EMAS DALAM MEMASTIKAN KESIHATAN YANG STABIL

  1. Keperluan mendapatkan suntikan vaksin

Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 dan mengalami komplikasi yang teruk berbanding golongan lain. Jangkitan bertambah teruk sekiranya warga emas mempunyai komorbiditi seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan barah. Malah proses penyembuhan dan pemulihan juga lebih perlahan dan rumit. Sehubungan itu, warga emas amatlah disarankan untuk mendapatkan vaksin awal kerana;

  • kajian (evidence-based study) menunjukkan vaksin COVID-19 selamat untuk diberikan dan kesan sampingan adalah sangat rendah;
    • vaksin COVID-19 dapat melindungi penerima imunisasi dari gejala teruk akibat jangkitan COVID-19; dan
    • data harian kes COVID-19 menunjukkan penurunan kadar kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar penggunaan oksigen dalam kalangan warga emas.

2. Mendapat nasihat dan rawatan perubatan awal 

Warga emas juga perlu peka dan mengambil berat aspek kesihatan tubuh badan. Warga emas dinasihatkan melakukan saringan kesihatan berkala bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, dan kolesterol supaya intervensi awal dapat dilaksanakan seterusnya mengurangkan komplikasi penyakit yang akan mengakibatkan ketidakupayaan dalam kalangan warga emas. Selain itu, di musim pandemik ini, golongan warga emas disarankan untuk segera lakukan ujian kendiri sekiranya bergejala atau dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi menilai status kesihatan semasa.

3. Amalkan gaya hidup sihat

Amalan gaya hidup yang sihat dan menjaga kesihatan kendiri sepanjang masa adalah kunci utama penuaan secara sihat. Tip amalan sihat untuk penuaan sihat adalah:

  • Melakukan aktiviti fizikal atau/dan senaman dengan konsisten, kekalkan berat badan yang ideal, tidak merokok/mengambil minuman keras, dapatkan rehat, dan tidur yang secukupnya;
  • Makan makanan seimbang sesuai dengan status kesihatan seperti makan makanan dengan pelbagai jenis makanan, minum air secukupnya enam (6) hingga lapan (8) gelas sehari, minum susu atau pengambilan produk tenusu setiap hari;
  • Amalkan kesihatan mental yang baik dengan berkongsi perasaan/masalah dengan orang lain terutama ahli keluarga, sentiasa bersikap positif dalam kehidupan dan menerima hakikat mengenai perubahan yang berlaku; dan
  • Luangkan masa untuk aktiviti kerohanian seperti beribadat dan aktiviti keagamaan.

4. Penglibatan keluarga 

Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam sokongan sosial, mental, dan fizikal kepada warga emas. Ahli keluarga terutama anak-anak perlu bekerjasama untuk menjaga kebajikan warga emas seperti menyediakan kelengkapan asas, melakukan aktiviti fizikal/riadah bersama, makan bersama, menemani ibu bapa untuk melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala, dan membantu mereka mempelajari teknologi baharu seperti menggunakan telefon pintar dan komputer.

Ahli keluarga juga perlu bertanggungjawab  ke atas warga emas dengan mengambil vaksin dan menjaga SOP walau di mana berada untuk menghindarkan diri mereka menjangkiti golongan berisiko tinggi ini.

Digitalisasi dalam pengurusan COVID-19 kini telah digunakan  dengan meluas di negara kita. Oleh itu, golongan warga emas ini harus diberi persediaan  dan pendedahan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan digitalisasi ini seperti pengunaan aplikasi MySejahtera, mencari maklumat berkaitan COVID-19, SOP, dan sebagainya. Teknologi ini juga mampu menjadi penghubung kepada warga emas dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan supaya mereka tidak terputus hubungan serta saling berkomunikasi. Saling hubung menghubungi penting sebagai sokongan untuk kesihatan mental yang baik.

5. Penglibatan NGO 

Tidak dapat dinafikan NGO memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan dan keperluan warga emas. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) telah menjalinkan Kerjasama strategik dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Sehingga kini, sebanyak 132 buah PAWE telah ditubuhkan meliputi 120 Parlimen dan memberi manfaat kepada 40,073 orang warga emas. PAWE merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out), dan pembangunan (developmental) kepada warga emas, yang boleh dimanfaatkan oleh warga emas melalui program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, program ceramah kesihatan serta latihan atau kursus yang bersesuaian.

Sekali lagi, KKM mengucapkan Selamat Hari Warga Emas Kebangsaan dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia. Bersamalah kita melindungi warga emas supaya mereka kekal sihat dan selamat dalam pandemik COVID-19 ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,55686.742,121214,158
SELANGOR1,41120.701,386 (3)680,616
JOHOR1,25431.511,124198,186
KELANTAN1,10355.201,288117,454
SABAH90722.05784199,629
PERAK85948.42862 (1)104,050
PULAU PINANG82845.36768131,756
KEDAH73531.96574136,119
TERENGGANU67651.25818 (1)57,162
PAHANG67325.5650466,052
MELAKA30631.4621658,939
WP KUALA LUMPUR23812.35171 (2)186,520
NEGERI SEMBILAN15313.0121197,652
PERLIS6624.79584,031
WP PUTRAJAYA2425.18266,206
WP LABUAN32.6049,969
MALAYSIA11,79034.4410,915 (7)2,268,499

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 10,915 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,12177965-1,079
SELANGOR1,386488643471
KELANTAN1,28829849 -410
JOHOR1,124201514 -409
PERAK86258378 1425
TERENGGANU8182683 1132
SABAH78412483 -289
PULAU PINANG76822279-467
KEDAH57420377 -177
PAHANG504129291-84
MELAKA2161383 -120
NEGERI SEMBILAN2113696 -79
WP KUALA LUMPUR171682281
 PERLIS58-33 -25
WP PUTRAJAYA 26-17 -9
WP LABUAN43- -1
JUMLAH KESELURUHAN10,9156565,99474,258

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Kampung TopengKomunitiKelantanPasir Mas55
2Kampung PanjiKomunitiKelantanKota Bharu1623
3Kampung Kebor BesarKomunitiTerengganuKuala Terengganu dan Kuala Nerus91166
4SepangahKomunitiSarawakLimbang28183
5Tapak Bina Sri AustinTempat KerjaJohorJohor Bahru5982
6Industri Rimba PontianTempat KerjaJohorPontian24306
7Sekakap MersingTempat KerjaJohorMersing2543
8Jalan Taman TitiwangsaTempat KerjaKelantanGua Musang1118
9Jalan Haji Mohd NoordinKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta2448
10KM18 Jalan Kuantan-PekanKumpulan Berisiko TinggiPahangKuantan5067

                                                                                                          LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 1 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
PERLIS1.04
WP PUTRAJAYA 1.03
MELAKA1.01
PAHANG0.99
TERENGGANU0.97
KELANTAN0.97
SARAWAK0.92
PERAK0.92
NEGERI SEMBILAN0.91
JOHOR0.89
WP KUALA LUMPUR0.86
KEDAH0.86
SELANGOR0.86
PULAU PINANG0.84
SABAH0.83
WP LABUAN0
MALAYSIA0.90