Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

3 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 14,454 kes (2,100,565 kes kumulatif, 92.2%);
  • Kes baharu : 9,066 kes (2,277,565 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,054 kes [8,485 warganegara (93.7%);  569 bukan warganegara (6.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 835 kes (815 kes COVID-19; 20 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 535 kes (355 kes COVID-19; 180 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,507 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,499 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,008 kluster.

Daripada 9,066 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 159 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 8,907 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,33679.291,418 (1)215,576
SELANGOR1,33719.621,000 (2)681,616
JOHOR1,18629.81981 (1)199,167
KELANTAN1,04552.28796118,250
SABAH86120.94767 (3)200,396
PERAK81946.20669104,719
PULAU PINANG78142.76620132,376
KEDAH72731.63670 (1)136,789
TERENGGANU69652.79827 (1)57,989
PAHANG67725.7063066,682
MELAKA28429.2120659,145
WP KUALA LUMPUR22811.87201186,721
NEGERI SEMBILAN15513.22191 (3)97,843
PERLIS6424.04664,097
WP PUTRAJAYA2425.18246,230
WP LABUAN22.0509,969
MALAYSIA11,22332.789,066 (12)2,277,565

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 9,066 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK1,418324971888
SELANGOR1,000346312333
JOHOR981784871415
TERENGGANU82716401185
KELANTAN79616498 –282
SABAH76754193340
KEDAH67014151253
PERAK66922327 –320
PAHANG630171376 –83
PULAU PINANG62013257 –350
MELAKA2061386 –107
WP KUALA LUMPUR201292 –107
NEGERI SEMBILAN19196392
PERLIS6640 –26
WP PUTRAJAYA2418 –6
WP LABUAN –
JUMLAH KESELURUHAN9,0663884,879123,787

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 3 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Kampung Pos KelangKomunitiPahangRaub25143
2Taman Desa WiraKomunitiKelantanKota Bharu dan Pasir Mas1515
3Parit Bengkok TangkakKomunitiJohorTangkak1218
4Sawit Bera SelatanTempat KerjaPahangBera49289
5Batu 11 Bukit PasirTempat KerjaJohorMuar25124
6Jalan SenengTempat KerjaKelantanBachok1422


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 2 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
 PERLIS1.05
WP PUTRAJAYA 1.00
MELAKA0.99
KELANTAN0.98
PAHANG0.98
TERENGGANU0.98
NEGERI SEMBILAN0.97
SARAWAK0.92
PERAK0.92
SELANGOR0.87
JOHOR0.87
KEDAH0.85
SABAH0.84
PULAU PINANG0.84
WP KUALA LUMPUR0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.89