Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 15,456 kes (2,116,021 kes kumulatif, 92.6%);
  • Kes baharu : 8,075 kes (2,285,640 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (4 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,069 kes [7,248 warganegara (89.8%);  821 bukan warganegara (10.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 867 kes (807 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 461 kes (342 kes COVID-19; 119 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,522 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,533 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 989 kluster.

Daripada 8,075 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 160 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,915 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

PERKEMBANGAN SEMASA PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK LANGKAWI

Seperti sedia maklum, Kerajaan telah memulakan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi bermula pada 16 September 2021. Seiring dengan itu, KKM telah melaksanakan semakan ujian saringan COVID-19 dan juga ujian saringan COVID-19 (bagi pelancong yang belum menjalani ujian) sebelum mereka berlepas ke Pulau Langkawi di pintu masuk udara dan laut.

Secara kumulatif dari 16 September 2021 sehingga 4 Oktober 2021 (sehingga jam 12 tengah hari), iaitu kira-kira dua (2) minggu setelah pelaksanaan projek rintis ini, seramai 40,458 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Ini melibatkan sejumlah 34,038 orang yang telah disaring di tujuh (7) pintu masuk lapangan terbang dan 6,420 orang melalui feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak 149 kes positif COVID-19 telah dikesan dan 186 individu lagi merupakan kontak rapat kepada 149 kes tersebut. Mereka telah diasingkan dan diberi Perintah  Pemerhatian dan Pengawasan (HSO);
  • telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum bertolak ke Pulau Langkawi, dan kesemua keputusan adalah negatif; dan
Jadual 1 : Data Kumulatif Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi sehingga 4 Oktober 2021 (sehingga jam 12 tengah hari)

JANGKITAN COVID-19 MELIBATKAN KLUSTER DI LANGKAWI

Pada 26 September 2021 yang lalu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan satu (1) kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi, iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan. Kes bersama ibu dan ayahnya telah tiba di Langkawi melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap dan saringan RTK-Ag sebelum berlepas ke Langkawi juga disahkan negatif. Mereka juga bukan kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes adalah tidak bergejala dan kesemua kontak rapat telah diberi Perintah  Pemerhatian dan Pengawasan (HSO).

Pada 1 Oktober 2021 yang lalu pula, JKN Kedah telah melaporkan Kluster Dah Teluk Nibung di daerah Langkawi. Kluster ini dikategori sebagai kluster tempat kerja yang melibatkan penduduk tempatan Langkawi iaitu pekerja dan juga kontak rapat ahli keluarga. Kluster ini tidak berkaitan dengan kes pelancong kanak-kanak yang didapati positif pada 26 September 2021.

Sehingga hari ini, seramai 249 orang telah disaring dengan 59 kes adalah positif COVID-19, 187 individu negatif, dan tiga (3) individu lagi masih menunggu keputusan.

Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki dari komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja akibat ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja dan asrama penginapan. Semua kontak rapat telah dikenalpasti dan dilakukan swab serta diberi arahan HSO selama 10 hari. Sehingga kini, penularan jangkitan adalah terkawal.

Untuk makluman, kesemua kes jangkitan COVID-19 Kluster Dah Teluk Nibung sehingga ini adalah kategori 1 dan 2 sahaja dan semua pekerja telah menerima suntikan dos lengkap vaksin COVID-19.

PEMANTAUAN DAN LANGKAH KAWALAN BERTERUSAN

KKM bersama-sama dengan JKN Kedah dan PKD Langkawi akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dan akan memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy, lebih banyak kawasan gelembung pelancongan dijangka akan dibuka bermula bulan Oktober 2021. KKM akan terus menjalankan kerjasama dengan MOTAC dalam menjalankan penilaian risiko bagi membolehkan lebih banyak lagi tempat pelancongan dibuka dari semasa ke semasa.

KKM ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membawa negara keluar dari pandemik tersebut. Untuk itu, rakyat diingatkan supaya mengamalkan perkara berikut;

  • Kepatuhan yang tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan;
  • Memperkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam semua keadaan. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari kawasan pelancongan, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri;

Kita adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19. Seperti yang disebut YB Menteri Kesihatan, kita tidak selamat sehingga semua selamat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Oktober 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,11871.891,189 (1)216,765
SELANGOR1,29719.02686 (1)682,302
JOHOR1,12028.15781199,948
KELANTAN1,05252.651,020119,270
SABAH85320.74677201,073
PERAK79644.90548105,267
PULAU PINANG78943.21853133,229
KEDAH72131.37628 (1)137,417
TERENGGANU68852.20636 (1)58,625
PAHANG64624.5252267,204
MELAKA26727.4821959,364
WP KUALA LUMPUR22511.69151 (2)186,872
NEGERI SEMBILAN15513.1910897,951
PERLIS6223.29364,133
WP PUTRAJAYA2425.32196,249
WP LABUAN22.3329,971
MALAYSIA10,81631.598,075 (6)2,285,640

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 8,075 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK1,18993761803
KELANTAN1,02041666313
PULAU PINANG853156267 -430
JOHOR781118341 -322
SELANGOR686184011266
SABAH67793363 -221
TERENGGANU63615121122
KEDAH62863941227
PERAK548111208 -229
PAHANG522162270 -90
MELAKA2195118 -96
WP KUALA LUMPUR151467278
NEGERI SEMBILAN108556 -47
 PERLIS36-6 -30
WP PUTRAJAYA 19-12 -7
WP LABUAN22- --
JUMLAH KESELURUHAN8,0757314,05763,281

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan KemakmuranTempat KerjaJohorKota Tinggi1539
2Jalan Tengku Petra SemerakTempat KerjaKelantanKota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, dan Bachok1933
3Taman Perindustrian TungzenTempat KerjaPerakKinta67176
4Jalan Laksamana LumutTempat KerjaPerakManjung2560
5Industri Jalan Mak MandinTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara124265
6Sungai TabulionTempat KerjaSabahKinabatangan6363
7Sandau SawitTempat KerjaSabahKinabatangan2887
8Jalan Gong BatuKomunitiKelantanBachok dan Pasir Puteh1728
9Kampung ChicaKomunitiKelantanKota Bharu1217
10Kampung Dalam RhuKomunitiKelantanTumpat1046
11Kampung EndongKomunitiKelantanPasir Mas66
12Kampung Lubok  Stol HilirKomunitiKelantanPasir Mas512
13Kampung Baru KluangKomunitiJohorKluang1313
14Jalan Lembah Permai SatuKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangSeberang Perai Tengah1971
15Jalan KK 8/1 Kubang KerianInstitusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar di Bawah KPMKelantanKota Bharu912


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 3 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
 PERLIS1.02
WP PUTRAJAYA 1.02
TERENGGANU1.00
MELAKA0.99
NEGERI SEMBILAN0.99
PAHANG0.98
KELANTAN0.95
SARAWAK0.91
PERAK0.91
JOHOR0.87
KEDAH0.87
SELANGOR0.86
SABAH0.84
PULAU PINANG0.84
WP KUALA LUMPUR0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.87