Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 5 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 15,615 kes (2,131,636 kes kumulatif, 92.9%);
  • Kes baharu : 8,817 kes (2,294,457 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (11 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,803 kes [8,109 warganegara (92.1%);  694 bukan warganegara (7.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 851 kes (815 kes COVID-19; 36 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 395 kes (332 kes COVID-19; 63 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,536 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,580 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 956 kluster.

Daripada 8,817 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 182 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 8,635 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK1,98367.311,361218,126
SELANGOR1,31519.291,348 (5)683,652
JOHOR1,05726.57886200,834
KELANTAN1,04952.511,063120,333
SABAH83020.19805 (4)201,878
PERAK76743.22473 (1)105,740
PULAU PINANG74640.87595133,824
KEDAH68529.81576137,993
TERENGGANU65249.4135658,981
PAHANG64824.6369667,900
MELAKA25926.66246 (1)59,610
WP KUALA LUMPUR22211.54217187,087
NEGERI SEMBILAN15913.57122 (3)98,073
PERLIS6624.79474,180
WP PUTRAJAYA2525.92236,272
WP LABUAN22.3339,974
MALAYSIA10,46630.578,817 (14)2,294,457

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 8,817 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK1,36117335 -1,009
SELANGOR1,3481027445497
KELANTAN1,06373599 -391
JOHOR886136422 -328
SABAH80514374363
PAHANG696137337 -222
PULAU PINANG59517223 -355
KEDAH57615345 -216
PERAK473581881226
TERENGGANU356-253 -103
MELAKA2466861153
WP KUALA LUMPUR217-97 -120
NEGERI SEMBILAN1224849322
 PERLIS47816 -23
WP PUTRAJAYA 23-17 -6
WP LABUAN31- -2
JUMLAH KESELURUHAN8,8176194,148144,036

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 5 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Batu Tujuh Setengah BakriTempat KerjaJohorMuar46117
2Jalan Cantik DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru2020
3Industri Batu 28 PontianTempat KerjaJohorPontian13198
4Dah Suasana Industri GurunTempat KerjaKedahKuala Muda, Pendang, dan Yan42181
5Dah TerbangTempat KerjaKedahKuala Muda, Kota Setar, dan Kubang Pasu3460
6Industri Jalan Wawasan SatuTempat KerjaSelangorKlang4094
7Industri Jalan Bawal Telok GongTempat KerjaSelangorKlang6112
8Kok Lanas KeterehTempat KerjaKelantanKota Bharu5483
9Sawit TemerlohTempat KerjaPahangTemerloh635
10Laluan Lahat Timur 1/1Tempat KerjaPerakKinta25175
11Kampung TongKomunitiKelantanPasir Mas77
12Kampung Perah HilirKomunitiKelantanPasir Mas69
13Penyayang JejawiKumpulan Berisiko TinggiPerlisKangar22133
14Jalan Utama 57Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah KPMSelangorKuala Langat4395


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 4 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.04
MELAKA1.01
 PERLIS1.00
TERENGGANU0.98
NEGERI SEMBILAN0.97
KELANTAN0.96
PAHANG0.96
PERAK0.90
SARAWAK0.87
KEDAH0.87
JOHOR0.86
SELANGOR0.86
PULAU PINANG0.85
SABAH0.84
WP KUALA LUMPUR0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.87