Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 12,884 kes (2,157,565 kes kumulatif, 93.3%);
  • Kes baharu : 9,890 kes (2,313,727 kes kumulatif);
  • Kes import : 18 kes (9 warganegara; 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,872 kes [9,294 warganegara (94.1%);  578 bukan warganegara (5.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 827 kes (782 kes COVID-19; 45 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes (336 kes COVID-19; 109 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,560 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,649 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 911 kluster.

Daripada 9,890 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 162 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 9,728 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK1,61954.961,413221,042
SELANGOR1,19817.571,402 (11)686,170
KELANTAN1,02751.421,032122,535
JOHOR99525.00993202,932
SABAH77818.92820203,488
PULAU PINANG70738.71721135,168
PERAK69639.23794 (1)107,163
TERENGGANU66250.2069960,384
PAHANG60823.0856468,975
KEDAH59725.97503 (3)139,052
MELAKA24425.09260 (1)60,070
WP KUALA LUMPUR21110.97250187,551
NEGERI SEMBILAN16914.42180 (2)98,444
PERLIS7628.312004,422
WP PUTRAJAYA2930.54596,349
WP LABUAN32.6009,982
MALAYSIA9,61828.099,890 (18)2,313,727

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 9,890 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK1,41355418– 940
SELANGOR1,4025581311523
KELANTAN1,03259630 –343
JOHOR993111491 –391
SABAH820443 –377
PERAK7941093821302
PULAU PINANG72144280 –397
TERENGGANU699571 –128
PAHANG564108327 –129
KEDAH503322923176
MELAKA2607156196
WP KUALA LUMPUR250116 –134
 PERLIS2009451 –55
NEGERI SEMBILAN1802395260
WP PUTRAJAYA 5951 –8
WP LABUAN –
JUMLAH KESELURUHAN9,8906975,116184,059

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 7 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri PLO Parit RajaTempat KerjaJohorBatu Pahat2034
2Jalan Yahya Kota TinggiTempat KerjaJohorKota Tinggi835
3Industri Tun Abdul MajidTempat KerjaJohorKota Tinggi849
4Kampung Bukit BungaTempat KerjaKelantanTanah Merah dan Pasir Mas1515
5Jalan Banggol SetolTempat KerjaKelantanPasir Mas838
6Industri Jalan Senawang Tiga 2Tempat KerjaNegeri SembilanSeremban dan Rembau37575
7Permatang Nibong TebalTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan38224
8Industri Jalan Enggang Batu 9Tempat KerjaSelangorKuala Langat1928
9Paya SendayanKomunitiPahangTemerloh1723
10Kampung PantosKomunitiPahangLipis17144
11Jalan TerusKomunitiJohorMersing1335
12Lubok TapahPendidikan LainKelantanPasir Mas1010
13Dah Taman IhsanPendidikan LainKedahKulim, Kuala Muda, dan Baling33201

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 6 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
NEGERI SEMBILAN0.99
MELAKA0.97
 PERLIS0.96
WP PUTRAJAYA 0.96
PAHANG0.96
TERENGGANU0.96
KELANTAN0.94
KEDAH0.87
SARAWAK0.87
JOHOR0.85
SABAH0.85
PERAK0.84
SELANGOR0.84
WP KUALA LUMPUR0.84
PULAU PINANG0.83
WP LABUAN0
MALAYSIA0.86