Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 14,422 kes (2,184,711 kes kumulatif, 93.7%);
  • Kes baharu : 8,743 kes (2,332,221 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (7 warganegara; 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,729 kes [8,258 warganegara (94.6%);  471 bukan warganegara (5.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 770 kes (714 kes COVID-19; 56 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 419 kes (304 kes COVID-19; 115 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,580 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,735 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 845 kluster.

Daripada 8,743 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 122 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 8,621 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Seperti dimaklumkan melalui ciapan YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di laman Twitter beliau, data berkenaan status terkini jangkitan COVID-19 telah sekian lama dilaporkan sejak awal penularan COVID-19. Kaedah pelaporan oleh KKM sememangnya berubah dari semasa ke semasa agar sesuai dengan situasi penularan COVID-19.

Dalam pada Malaysia bersedia untuk transisi ke arah fasa hidup dengan virus, kaedah pelaporan dan perincian data kini perlu lebih fokus kepada indikator yang penting dan utama. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, maklumat terperinci situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my , di mana data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. Laman web ini sentiasa ditambah baik agar maklumat utama yang diperlukan oleh pihak media dan masyarakat umum boleh didapati dengan mudah.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Oktober 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 9 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Tampin – Gemas 2Tempat KerjaNegeri SembilanTampin6881
2Industri Jalan KesturiTempat KerjaJohorBatu Pahat1032
3Industri Dua Jalan Labohan Dagang-NilaiTempat KerjaSelangorKuala Langat dan Klang1593
4Sawit Ulu KeratongTempat KerjaPahangRompin40149
5Kampung Belukar Kubang GadongKomunitiKelantanPasir Mas711
6Kampung Nakhoda SaamahKomunitiKelantanKota Bharu, dan Bachok1023
7Kampung SeboiKomunitiPahangTemerloh51148
8Sungai PelusKomunitiPerakKuala Kangsar98369
9Jalan Masjid NegeriKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut4389
10Jalan Tengku Abdul SamadKumpulan Berisiko TinggiPahangRaub2093


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 8 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.11
PERLIS1.08
NEGERI SEMBILAN1.03
TERENGGANU0.98
KELANTAN0.97
PAHANG0.95
MELAKA0.94
WP KUALA LUMPUR0.88
SARAWAK0.87
PERAK0.87
KEDAH0.87
SELANGOR0.87
PULAU PINANG0.83
JOHOR0.82
SABAH0.82
WP LABUAN0
MALAYSIA0.86