SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
11 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 10,833 kes (2,206,502 kes kumulatif, 94.0%);
- Kes baharu : 6,709 kes (2,346,303 kes kumulatif);
- Kes import : 6 kes (5 warganegara; 1 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,703 kes [6,454 warganegara (96.3%); 249 bukan warganegara (3.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 762 kes (702 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 398 kes (298 kes COVID-19; 100 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,597 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,803 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 794 kluster.
Daripada 6,709 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 144 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 6,565 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA
Malaysia telah menunjukkan situasi penularan jangkitan COVID-19 yang semakin pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya daripada aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi, dan kapasiti hospital. Situasi ini sedikit sebanyak menunjukkan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa endemik.
- Kes Harian
Secara keseluruhannya, KKM mendapati trend yang menurun sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 bagi indikator utama seperti kes harian, kes aktif, kematian, kes ICU, dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Pada ME ke-40 iaitu daripada 3 Oktober 2021 sehingga 9 Oktober 2021;
- Terdapat sebanyak 63,722 kes COVID-19 yang telah dilaporkan berbanding 83,368 kes yang dilaporkan pada ME ke-39 (penurunan sebanyak 23.6 peratus). Penurunan ini juga telah berlaku secara konsisten sejak enam (6) minggu kebelakangan (ME ke-34);
- Sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 (penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39);
- 700 kes kematian dengan purata 100 kes kematian sehari pada ME ke-40 (penurunan 50.2 peratus berbanding ME ke-39);
- 778 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (penurunan 9.0 peratus berbanding ME ke-39);
- 331 kes yang memerlukan bantuan pernafasan (penurunan sebanyak 11.2 peratus berbanding ME ke-39); dan
- Penurunan nilai R–Naught (Rt) sebanyak 0.2 peratus bagi setiap hari.
- Kluster
Terdapat sebanyak 79 kluster yang dilaporkan dalam ME ke-40. Daripada jumlah ini;
- Terdapat penurunan sebanyak 21 kluster berbanding ME ke-39 (penurunan sebanyak 21.0 peratus)
- 43 kluster (54.4 peratus) adalah merangkumi kluster tempat kerja, 25 kluster komuniti (31.7 peratus), enam (6) kluster kumpulan berisiko tinggi (7.6 peratus), dan lima (5) kluster keagamaan (6.3 peratus).
- Vaksinasi
Sehingga 10 Oktober 2021, sejumlah 24, 963, 595 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam, sebanyak 90.0 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Manakala, sebanyak 65.2 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap.
- Kapasiti Hospital
Terdapat sebanyak 16,199 buah katil wad biasa dan 1,514 katil wad ICU telah diperuntukkan oleh KKM bagi merawat pesakit COVID-19.
- Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,164 buah katil yang digunakan sepanjang ME ke-40 berbanding minggu sebelumnya (penurunan sebanyak lima (5) peratus);
- Sebanyak 16,912 katil digunakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Ini adalah penurunan sebanyak tiga (3) peratus berbanding minggu sebelumnya;
- Manakala bagi katil ICU, penggunaan adalah sebanyak 831 katil (penurunan sebanyak 7 peratus berbanding ME ke-39); dan
- Sebanyak 1,267 buah alat bantuan pernafasan awam yang digunakan (penurunan sebanyak tiga (3) peratus daripada minggu sebelumnya).
Selaras dengan perkembangan positif ini, masyarakat dinasihatkan agar tidak leka dan cepat berpuas hati dengan status semasa jangkitan COVID-19 di negara. Kita wajar mengambil pengajaran dari peristiwa kenaikan kes COVID-19 yang mendadak sebelum ini sehingga melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi dan sosial.
Sehubungan itu, melalui inisiatif reopening safely, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting bagi bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia. KKM ingin menasihatkan kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengamalkan pematuhan (SOP) dan meningkatkan penilaian kendiri TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) terutamanya apabila sempadan negeri dibuka semula pada hari ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
11 Oktober 2021 @ 5:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Sri Jaya Tangkak | Komuniti | Johor | Tangkak | 10 | 21 |
2 | Jalan Tangkak Dua | Komuniti | Johor | Tangkak | 10 | 12 |
3 | Lorong Binjai Manis | Komuniti | Kelantan | Kota Bharu | 10 | 16 |
4 | Bukit Gabang | Komuniti | Pahang | Temerloh | 15 | 38 |
5 | Industri Batu Lima | Tempat Kerja | Negeri Sembilan | Seremban | 11 | 44 |
6 | Jalan Dato’ Hamid | Tempat Kerja | Kelantan | Pasir Mas | 5 | 6 |
7 | Lorong Kapal | Kumpulan Berisiko Tinggi | Pulau Pinang | Seberang Perai Utara | 23 | 50 |
8 | Jalan Pekaka Lapan | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Petaling | 27 | 31 |
9 | Jalan Ipoh-KL Serendah | Pendidikan Lain | Selangor | Hulu Selangor | 16 | 53 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 10 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.05 |
PERLIS | 1.03 |
NEGERI SEMBILAN | 1.02 |
KELANTAN | 0.95 |
TERENGGANU | 0.95 |
PAHANG | 0.93 |
MELAKA | 0.92 |
WP KUALA LUMPUR | 0.88 |
SELANGOR | 0.86 |
PERAK | 0.86 |
SABAH | 0.84 |
SARAWAK | 0.83 |
JOHOR | 0.83 |
PULAU PINANG | 0.83 |
KEDAH | 0.78 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.87 |
Categories: Press
You must be logged in to post a comment.