Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 12 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

12 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 10,555 kes (2,217,057 kes kumulatif, 94.2%);
  • Kes baharu : 7,276 kes (2,353,579 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (2 warganegara; 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,266 kes [6,869 warganegara (94.5%);  397 bukan warganegara (5.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 724 kes (683 kes COVID-19; 41 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 398 kes (297 kes COVID-19; 101 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,611 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,828 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 783 kluster.

Daripada 7,276 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 150 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,126 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 12 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Seladang Bukit MertajamTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah15160
2Jalan AlmaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah15140
3Industri Jalan GangsaTempat KerjaSelangorKuala Langat19128
4Sawit Sungai MerbauTempat KerjaPahangRompin1621
5Jalan Pulau SebangTempat KerjaMelakaAlor Gajah, Tampin dan Rembau37227
6Kota Emas PontianTempat KerjaJohorPontian1886
7Hang Tuah TangkakKomunitiJohorTangkak2041
8Jalan PunaiKomunitiJohorKulai1216
9Jalan Mutiara Tiga KulaiKomunitiJohorKulai713
10Air Awat-AwatKomunitiSarawakLawas4278
11Bukit BajaKomunitiSelangorSepang41153
12Jalan Raja Chulan SayongKumpulan Berisiko TinggiPerakKuala Kangsar1316
13Taman Danau KotaPendidikan LainWP Kuala LumpurTitiwangsa648
14Jalan SP 10/1Institusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar di Bawah KPMSelangorSepang557


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 11 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.08
NEGERI SEMBILAN1.04
PERLIS1.01
KELANTAN0.96
TERENGGANU0.95
PAHANG0.92
WP KUALA LUMPUR0.92
MELAKA0.90
SELANGOR0.87
PERAK0.87
KEDAH0.87
SABAH0.86
JOHOR0.84
PULAU PINANG0.83
SARAWAK0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA0.88