SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 10,832 kes (2,227,889 kes kumulatif, 94.3%);
- Kes baharu : 7,950 kes (2,361,529 kes kumulatif);
- Kes import : 29 kes (21 warganegara; 8 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,921 kes [7,275 warganegara (91.8%); 646 bukan warganegara (8.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 725 kes (710 kes COVID-19; 15 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 380 kes (304 kes COVID-19; 76 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,624 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,862 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 762 kluster.
Daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 133 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 13 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Industri Jalan Zurah Lima | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 42 | 100 |
2 | Industri Jalan Sembilan Olak Lempit | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Langat | 31 | 65 |
3 | Tapak Bina Persiaran Bukit Raja 2 | Tempat Kerja | Selangor | Klang dan Petaling | 28 | 450 |
4 | Jalan Haji Taib Salak | Tempat Kerja | Selangor | Sepang | 10 | 31 |
5 | Industri Jalan Usaha Enam | Tempat Kerja | Melaka | Melaka Tengah dan Jasin | 15 | 568 |
6 | Dah Putih Industri Kulim | Tempat Kerja | Kedah | Kulim | 30 | 150 |
7 | Menuang | Komuniti | Sarawak | Limbang | 18 | 83 |
8 | Ensurai | Komuniti | Sarawak | Limbang | 19 | 220 |
9 | Bukit Damar | Komuniti | Pahang | Temerloh | 22 | 67 |
10 | Dah Taman Melor | Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah KPM | Kedah | Kuala Muda dan Kota Setar | 32 | 86 |
11 | Persiaran Lavender Dua | Pendidikan Lain | Negeri Sembilan | Seremban | 8 | 35 |
12 | Jalan Pegawai | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Sabak Bernam | 14 | 132 |
13 | DTI Bekenu | Pusat Tahanan | Sarawak | Subis | 48 | 48 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 12 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.09 |
NEGERI SEMBILAN | 1.05 |
PERLIS | 1.05 |
KELANTAN | 0.96 |
TERENGGANU | 0.94 |
WP KUALA LUMPUR | 0.94 |
PAHANG | 0.91 |
SELANGOR | 0.90 |
MELAKA | 0.90 |
SABAH | 0.86 |
KEDAH | 0.86 |
PERAK | 0.86 |
JOHOR | 0.83 |
PULAU PINANG | 0.82 |
SARAWAK | 0.80 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.88 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press