SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
15 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 11,413 kes (2,251,758 kes kumulatif, 94.7%);
- Kes baharu : 7,420 kes (2,377,033 kes kumulatif);
- Kes import : 17 kes (12 warganegara; 5 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,403 kes [6,842 warganegara (92.4%); 561 bukan warganegara (7.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 700 kes (635 kes COVID-19; 65 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 364 kes (282 kes COVID-19; 82 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,654 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,933 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 721 kluster.
Daripada 7,420 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 108 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 7,312 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
15 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 15 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Nadim | Tempat Kerja | Johor | Kota Tinggi | 10 | 580 |
2 | Industri Jalan Kapal Layar | Tempat Kerja | Johor | Batu Pahat | 10 | 30 |
3 | Dah Bukit Pinang | Tempat Kerja | Kedah | Kota Setar | 11 | 33 |
4 | Batu Lima Sunggala | Tempat Kerja | Negeri Sembilan | Port Dickson | 52 | 242 |
5 | Jeti Jalan Selancar | Tempat Kerja | Pahang | Rompin | 34 | 43 |
6 | Industri Bukit Minyak Bukit Mertajam | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan | 18 | 28 |
7 | Industri Perabot Olak Lempit 2 | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Langat dan Hulu Langat | 45 | 344 |
8 | Industri Tiga Jalan Kasawari | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Langat | 20 | 65 |
9 | Industri Dua Jalan Padang Gajah | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Selangor | 5 | 100 |
10 | Taman Makmur | Komuniti | Kelantan | Kota Bharu | 15 | 21 |
11 | Kampung Sentoi | Komuniti | Pahang | Lipis | 14 | 104 |
12 | Kampung Banting | Komuniti | Selangor | Sabak Bernam | 12 | 27 |
13 | Persiaran Perdana | Pendidikan Lain | WP Putrajaya | Putrajaya | 11 | 33 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 14 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
NEGERI SEMBILAN | 1.04 |
WP PUTRAJAYA | 1.04 |
PERLIS | 0.98 |
WP KUALA LUMPUR | 0.97 |
KELANTAN | 0.95 |
TERENGGANU | 0.93 |
MELAKA | 0.93 |
SELANGOR | 0.92 |
SABAH | 0.87 |
PAHANG | 0.87 |
JOHOR | 0.84 |
PULAU PINANG | 0.84 |
KEDAH | 0.83 |
PERAK | 0.83 |
SARAWAK | 0.77 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.88 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press