SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
18 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 8,435 kes (2,278,955 kes kumulatif, 95.1%);
- Kes baharu : 5,434 kes (2,396,121 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (1 warganegara; 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,429 kes [5,050 warganegara (93.0%); 379 bukan warganegara (7.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 682 kes (622 kes disahkan COVID-19 ; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 357 kes (286 kes disahkan COVID-19 ; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,687 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,031 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 656 kluster.
Daripada 5,434 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 151 kes (2.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5,283 kes (97.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 Oktober 2021 @ 6:00 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Jalan Berjaya Lapan | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 51 | 93 |
2 | Jalan Industri Utama Grisek | Tempat Kerja | Johor | Tangkak | 26 | 102 |
3 | Jalan Bakau Kluang | Tempat Kerja | Johor | Kluang | 19 | 108 |
4 | Jalan Gambir Dua | Tempat Kerja | Johor | Tangkak | 12 | 33 |
5 | Industri Dua Jalan Bukit Kemuning | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 49 | 100 |
6 | Jalan Suasa Banting | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Langat | 22 | 48 |
7 | Kampung Kelubi Pasir Puteh | Tempat Kerja | Kelantan | Pasir Puteh, Kota Bharu, dan Tanah Merah | 17 | 23 |
8 | Putai 2 | Tempat Kerja | Sarawak | Bukit Mabong | 30 | 106 |
9 | Jalan Tangsi | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Cheras, Kepong, dan Titiwangsa | 11 | 47 |
10 | Gunung Besout Dua | Komuniti | Perak | Batang Padang | 49 | 163 |
11 | Bidor Stesen | Komuniti | Perak | Batang Padang | 33 | 62 |
12 | Jalan Pantai Permai Sembilan | Pendidikan Lain | WP Kuala Lumpur | Lembah Pantai | 7 | 71 |
13 | Seri Serting | Pendidikan Lain | Negeri Sembilan | Jempol | 22 | 124 |
14 | Kampung Bukit Tembakau | Keagamaan | Melaka | Jasin dan Melaka Tengah | 47 | 68 |
15 | Jalan Camar Tiga | Kumpulan Berisiko Tinggi | Johor | Johor Bahru | 15 | 58 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 17 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.04 |
NEGERI SEMBILAN | 1.03 |
WP KUALA LUMPUR | 0.99 |
MELAKA | 0.96 |
SELANGOR | 0.96 |
PERLIS | 0.95 |
KELANTAN | 0.93 |
SABAH | 0.89 |
TERENGGANU | 0.86 |
JOHOR | 0.86 |
PAHANG | 0.85 |
PULAU PINANG | 0.85 |
KEDAH | 0.85 |
PERAK | 0.81 |
SARAWAK | 0.77 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.88 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press