Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 19 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 8,933 kes (2,287,888 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 5,745 kes (2,401,866 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,733 kes [5,432 warganegara (94.7%);  301 bukan warganegara (5.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 682 kes (609 kes disahkan COVID-19 ;  73  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 331 kes (280 kes disahkan COVID-19 ; 51  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,695 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,061 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 634 kluster.

Daripada 5,745 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 115 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,630 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA [MINGGU EPIDEMIOLOGI (ME) KE-41]

KKM ingin memaklumkan bahawa pelaporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil COVID-19 di hospital, dan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus menunjukkan tren penurunan pada ME ke-41. Tren positif ini selari dengan peningkatan liputan vaksinasi COVID-19 di Malaysia yang menjadikan aktiviti pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif reopening safely lebih meyakinkan.

1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19

Pada ME ke-41 iaitu dari 10 Oktober 2021 sehingga 16 Oktober 2021 (Jadual 1);

  • Kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 17.9 peratus iaitu daripada 63,722 kes (ME ke-40)kepada 52,321 kes (ME ke-41). Namun begitu, jumlah kes baharu COVID-19 bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur mulai menunjukkan tren mendatar;
  • Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 21.0 peratus iaitu daripada 133,450 kes (ME ke-40)kepada 105,497 kes (ME ke-41);
  • Kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 700 kes (ME ke-40)kepada 593 kes (ME ke-41);
  • Kes yang  memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan 12.0 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40)kepada 684 kes (ME ke-41);
  • Kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40)kepada 292 kes (ME ke-41); dan
  • Nilai RT kekal stabil sekitar nilai 0.80 - 0.90.

Jadual 1 : Perbandingan Indikator Jangkitan COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-40 dan ke-41

2. Kluster

Sebanyak 83 kluster yang dilaporkan pada ME ke-41 yang terdiri daripada (Jadual 2);

  • 37 (44.6 peratus) kluster tempat kerja;
  • 25 (30.1 peratus) kluster komuniti ;
  • 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan ;
  • Sembilan (9) (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi ;dan
  • Satu (1) (1.2 peratus) kluster pusat tahanan.

Jadual 2 :  Jumlah Kluster Mengikut Kategori bagi ME ke-40 dan ME ke-4

3. Vaksinasi

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sehingga 16 Oktober 2021, sejumlah 25,079,220 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Sebanyak 91.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Manakala, sebanyak 67.8 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap.

4. Kapasiti Hospital

KKM telah memperuntukkan 29,809 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,653 buah katil wad biasa, 1,400 katil wad ICU, dan 2,863 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. Penggunaan katil di PKRC dan wad serta alat bantuan pernafasan menunjukkan tren penurunan sekitar 1 hingga 3 peratus pada ME ke –41 berbanding ME ke-40 seperti pada Jadual 3.

Jadual 3 : Kapasiti hospital dan ICU di Hospital Awam

Walaupun, perkembangan COVID-19 semasa terus menunjukkan tren penurunan, KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk kekal mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan penuh disiplin. Setiap individu bertanggungjawab memelihara kesihatan mereka, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Inisiatif menjalankan ujian kendiri sangat digalakkan apabila seseorang individu bergejala dan/atau sebelum melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi melindungi orang lain di sekeliling. Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek).

KKM juga akan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan lonjakan kes di masa hadapan. Antara lain adalah dengan menubuhkan National Rapid Response Task Force yang akan digerakkan ke negeri yang menghadapi lonjakan kes COVID-19. Task force ini akan menjalankan penilaian risiko dan mencadangkan strategi yang bersesuaian seperti penambahan kapasiti hospital, mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan, dan tindakan kesihatan awam yang bersesuaian di negeri atau kawasan terjejas. Melalui kaedah ini, persediaan yang lebih pantas dan efisien dapat disediakan di kawasan yang telah dikenalpasti dan seterusnya kes COVID-19 dapat dikawal daripada terus meningkat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 19 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Johan 2/5Tempat KerjaPerakKinta11301
2Industri Dataran Kledang EmpatTempat KerjaPerakKinta2731
3Jalan Woo Saik HongTempat KerjaPerakHilir Perak1929
4Industri Lorong Perak TigaTempat KerjaSelangorKuala Langat1563
5Industri Dua Pulau MerantiTempat KerjaSelangorSepang1354
6Jalan Kilang KluangTempat KerjaJohorKluang13157
7Laluan Persekutuan SempalitTempat KerjaPahangRaub32129
8Jalan Springhill 10Pendidikan LainNegeri SembilanPort Dickson3394


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 18 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
NEGERI SEMBILAN1.04
WP PUTRAJAYA 1.02
WP KUALA LUMPUR1.01
SELANGOR0.97
MELAKA0.96
PERLIS0.94
KELANTAN0.92
SABAH0.90
JOHOR0.88
TERENGGANU0.85
PAHANG0.84
KEDAH0.84
PERAK0.83
PULAU PINANG0.81
SARAWAK0.79
WP LABUAN0
MALAYSIA0.88