SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
20 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 9,401 kes (2,297,289 kes kumulatif, 95.4%);
- Kes baharu : 5,516 kes (2,407,382 kes kumulatif);
- Kes import : 14 kes (10 warganegara; 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,502 kes [5,267 warganegara (95.7%); 235 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 669 kes (572 kes disahkan COVID-19 ; 97 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 333 kes (241 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,699 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,085 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 614 kluster.
Daripada 5,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 102 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5,414 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 20 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Industri Jalan KPB Tujuh | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat | 13 | 13 |
2 | Industri Jalan P/1 | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat, Petaling, Sepang, dan Klang | 63 | 499 |
3 | Lorong Jelawat Satu | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara | 14 | 97 |
4 | Jalan Setiawangsa Sepuluh | Pendidikan Lain | WP Kuala Lumpur | Titiwangsa | 7 | 31 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 19 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.03 |
NEGERI SEMBILAN | 1.03 |
WP KUALA LUMPUR | 1.01 |
SELANGOR | 0.95 |
MELAKA | 0.94 |
PERLIS | 0.91 |
KELANTAN | 0.91 |
SABAH | 0.91 |
TERENGGANU | 0.88 |
JOHOR | 0.88 |
KEDAH | 0.84 |
PERAK | 0.84 |
PULAU PINANG | 0.83 |
PAHANG | 0.81 |
SARAWAK | 0.80 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.88 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press