SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
22 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :7,630 kes (2,311,213 kes kumulatif, 95.5%);
- Kes baharu : 6,630 kes (2,420,222 kes kumulatif);
- Kes import : 15 kes (11 warganegara; 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,615 kes [6,330 warganegara (95.7%); 285 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 653 kes (521 kes disahkan COVID-19 ; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 322 kes (230 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,717 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,137 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 580 kluster.
Daripada 6,630 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 101 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 6,529 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 Oktober 2021 @ 6:15 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 22 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Jalan Zabedah | Tempat Kerja | Johor | Batu Pahat | 17 | 54 |
2 | Industri Jalan Cyber Sembilan | Tempat Kerja | Johor | Kulai | 7 | 173 |
3 | Industri Persiaran Usahawan Tiga 2 | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat dan Sepang | 47 | 155 |
4 | Industri Jalan Seruling 58 | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 12 | 26 |
5 | Industri Jalan Usaha Lapan | Tempat Kerja | Melaka | Melaka Tengah | 26 | 165 |
6 | Jalan Stesen Sentral Tiga | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Lembah Pantai, Cheras, dan Titiwangsa | 5 | 31 |
7 | Juaseh | Pendidikan Lain | Johor | Segamat | 26 | 75 |
8 | Jalan Enam Kampung Bahru | Pendidikan Lain | Selangor | Sepang | 14 | 27 |
9 | Jalan Dataran Wangsa | Pendidikan Lain | WP Kuala Lumpur | Titiwangsa | 11 | 50 |
10 | Alab Senagang | Komuniti | Sabah | Tenom | 50 | 88 |
11 | Jalan Jaya Lima | Komuniti | Pahang | Temerloh dan Maran | 29 | 180 |
12 | Lepang Nenering | Keagamaan | Perak | Hulu Perak | 18 | 24 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 21 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP KUALA LUMPUR | 1.03 |
NEGERI SEMBILAN | 1.00 |
SELANGOR | 0.94 |
MELAKA | 0.94 |
WP PUTRAJAYA | 0.93 |
SABAH | 0.90 |
KELANTAN | 0.88 |
JOHOR | 0.86 |
TERENGGANU | 0.86 |
KEDAH | 0.85 |
PERAK | 0.82 |
PULAU PINANG | 0.82 |
PAHANG | 0.81 |
SARAWAK | 0.79 |
PERLIS | 0.75 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.86 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press