SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
25 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 7,414 kes (2,334,783 kes kumulatif, 95.8%);
- Kes baharu : 4,782 kes (2,436,498 kes kumulatif);
- Kes import : 15 kes (13 warganegara; 2 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,767 kes [4,575 warganegara (96.0%); 192 bukan warganegara (4.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 607 kes (514 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 300 kes (217 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,728 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,200 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 528 kluster.
Daripada 4,782 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 96 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,686 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 25 Oktober 2021, kes positif COVID-19 yang direkodkan di seluruh dunia adalah sekitar 243 juta, dengan angka kematian sekitar 4.9 juta (berdasarkan statistik terkini Universiti Johns Hopkins).
Secara kasar, negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan tren penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini. Malaysia juga turut menunjukkan tren penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34, namun Singapura dan Brunei menunjukkan tren peningkatan kes COVID-19. Kedua-dua negara ini menunjukkan kadar kes bagi setiap satu (1) juta penduduk yang lebih tinggi berbanding Malaysia (180.91 kes) iaitu pada kadar 584.86 kes (Singapura) dan 499.88 kes (Brunei).
Walaupun Malaysia menunjukkan penurunan kes, pematuhan terhadap Proedur Operasi Standard (SOP) perlu terus diamalkan bagi mengelakkan peningkatan kes seperti negara-negara jiran setelah pembukaan sektor pendidikan dan ekonomi yang lain.
1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19
Pada ME ke-42 iaitu daripada 17 Oktober 2021 sehingga 23 Oktober 2021;
- Kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 20.7 peratus iaitu daripada 52,321 kes (ME ke-41) kepada 41,508 kes (ME ke-42);
- Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 21.0 peratus iaitu daripada 105,497 kes (ME ke-41) kepada kes 83,605 kes (ME ke-42);
- Kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 16.4 peratus iaitu daripada 593 kes (ME ke-41) kepada 496 kes (ME ke-42);
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan 16.5 peratus iaitu 684 kes (ME ke-41) kepada 571 kes (ME ke-42);
- Kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 14.4 peratus iaitu 292 kes (ME ke-41) kepada 250 kes (ME ke-42); dan
- Nilai RT kekal stabil sekitar nilai 0.88.
2. Kluster
Sebanyak 56 kluster yang dilaporkan pada ME ke-42 yang terdiri daripada (Jadual 2);
- 35 (62.5 peratus) kluster tempat kerja;
- Sembilan (9) (16.1 peratus) kluster komuniti;
- Tujuh (7) (12.5 peratus) kluster pusat pendidikan;
- Tiga (3) (5.3 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi; dan
- Dua (2) (3.6 peratus) kluster keagamaan.
3. Vaksinasi
KKM juga ingin memaklumkan bahawa sehingga 23 Oktober 2021, sejumlah 25,161,659 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Sebanyak 94.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Manakala, sebanyak 72.4 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap.
4. Kapasiti Hospital
KKM telah memperuntukkan 28,832 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,241 buah katil wad biasa, 1,374 katil wad ICU, dan 2,861 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. Penggunaan katil di PKRC dan katil di wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan tren penurunan sekitar 4 hingga 8 peratus pada ME ke-42 berbanding ME ke-41 seperti pada Jadual 3.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Sri Kota Pontian | Tempat Kerja | Johor | Pontian | 16 | 79 |
2 | Jalan Latar Puri | Tempat Kerja | Johor | Muar | 9 | 24 |
3 | Jalan Pak Mayong | Tempat Kerja | Kelantan | Pasir Puteh, Bachok, dan Kota Bharu | 6 | 16 |
4 | Dah Damai | Komuniti | Kedah | Kubang Pasu | 15 | 16 |
5 | Dah Merbok | Institusi Pendidikan KPM | Kedah | Kuala Muda | 18 | 179 |
6 | Jalan Labohan | Pendidikan Tinggi | Selangor | Sepang dan Gombak | 9 | 111 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 24 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP KUALA LUMPUR | 1.00 |
NEGERI SEMBILAN | 1.00 |
WP PUTRAJAYA | 0.97 |
MELAKA | 0.97 |
SELANGOR | 0.95 |
SABAH | 0.92 |
KEDAH | 0.90 |
JOHOR | 0.88 |
KELANTAN | 0.86 |
TERENGGANU | 0.86 |
PULAU PINANG | 0.83 |
PAHANG | 0.82 |
PERAK | 0.81 |
SARAWAK | 0.81 |
PERLIS | 0.81 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.88 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.