Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,595 kes (2,347,985 kes kumulatif, 95.9%);
  • Kes baharu : 6,148 kes (2,448,372 kes kumulatif);
  • Kes import : 21 kes (13 warganegara; 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,127 kes [5,885 warganegara (96.1%);  242 bukan warganegara (3.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 563 kes (495 kes disahkan COVID-19 ;  68  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 292 kes (211 kes disahkan COVID-19 ; 81 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,744 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,250 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 494 kluster.

Daripada 6,148 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 101 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,047 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Tasik Selatan TigaTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras732
2Persiaran Bukit KiaraTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong dan Lembah Pantai5100
3Jalan Raja MudaTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa dan Cheras1026
4Industri Persiaran KemajuanTempat KerjaSelangorHulu Langat, Sepang, Kuala Langat, dan Petaling80223
5Industri Dua Jalan Sepuluh MIELTempat KerjaSelangorHulu Langat dan Sepang1734
6Dah Batu 8Tempat KerjaKedahKuala Muda dan Yan65145
7Jalan Danau SaujanaPendidikan LainWP Kuala LumpurTitiwangsa746
8Jalan Besar TanjungKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta dan Kuala Kangsar2482
9Jalan KuariKomunitiKelantanKota Bharu dan Bachok1215


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 26 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
WP KUALA LUMPUR1.02
NEGERI SEMBILAN1.02
MELAKA0.99
WP PUTRAJAYA 0.96
SELANGOR0.95
SABAH0.93
KEDAH0.90
JOHOR0.88
TERENGGANU0.87
PULAU PINANG0.87
KELANTAN0.86
PERAK0.85
SARAWAK0.84
PAHANG0.83
PERLIS0.81
WP LABUAN0.00
MALAYSIA0.91