Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,637 kes (2,354,622 kes kumulatif, 95.9%);
  • Kes baharu : 6,377 kes (2,454,749 kes kumulatif);
  • Kes import : 32 kes (20 warganegara; 12 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,345 kes [6,011 warganegara (94.7%);  334 bukan warganegara (5.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 564 kes (500 kes disahkan COVID-19 ;  64  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 294 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,752 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,278 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 474 kluster.

Daripada 6,377 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 101 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,276 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute for Medical Research (IMR), Faculty of Medicine (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Malaysia Genome Institute (MGI), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) telah mengenalpasti sebanyak 261 kes baharu yang mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu

  • 259 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
  • Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

FOM-UM telah mengenalpasti sebanyak 72 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), IMR telah mengenalpasti sebanyak 55 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 46 kes varian Delta (B.1.617.2), MGI telah mengenalpasti sebanyak 46 kes iaitu 45 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351), manakala TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 42 kes iaitu 41 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 2,385 kes varian Delta;
  • 226 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Oktober 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 28 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Kemajuan Bangi 2Tempat KerjaSelangorHulu Langat2944
2Industri Jalan Telok MengkuangTempat KerjaSelangorKuala Langat15200
3Jalan BesiTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai821
4Paya PasirTempat KerjaPahangMaran1566
5Industri Banang JayaTempat KerjaJohorBatu Pahat1867
6Jalan Batu GantungKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut4257
7Jalan MarsomKomunitiSelangorSabak Bernam1022
8Merinding 2Institusi Pendidikan KPMWP LabuanLabuan11498


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 27 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
NEGERI SEMBILAN1.02
WP KUALA LUMPUR1.00
MELAKA0.98
WP PUTRAJAYA 0.96
SELANGOR0.95
SABAH0.92
KEDAH0.92
JOHOR0.89
PULAU PINANG0.87
PAHANG0.87
PERLIS0.87
TERENGGANU0.86
KELANTAN0.86
PERAK0.85
SARAWAK0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.94

LAMPIRAN 3