Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 29 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,297 kes (2,361,919 kes kumulatif, 96.0%);
  • Kes baharu : 6,060 kes (2,460,809 kes kumulatif);
  • Kes import : 13 kes (9 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,047 kes [5,759 warganegara (95.2%);  288 bukan warganegara (4.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 570 kes (492 kes disahkan COVID-19 ;  78  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 300 kes (208 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,763 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,303 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 460 kluster.

Daripada 6,060 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 105 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,955 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Oktober 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri PLO Enam KulaiTempat KerjaJohorKulai1140
2Industri TiongTempat KerjaNegeri SembilanTampin13136
3Lot 10 BentongTempat KerjaPahangBentong, Temerloh, dan Raub34338
4Industri Jalan 9/1Tempat KerjaSelangorHulu Langat2128
5KM24 Kok LanasPendidikan TinggiKelantanKota Bharu1119
6Jalan Hang Tuah JayaPendidikan TinggiMelakaAlor Gajah dan Melaka Tengah1888
7Jalan Permatang BendahariPendidikan LainPulau PinangSeberang Perai Utara1625
8Jalan Pahlawan KluangPendidikan LainJohorKluang1129
9Lebuh McnairKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut1672
10Jalan Parit LapanKomunitiSelangorSabak Bernam1632
11Parit Enam BelasKomunitiSelangorSabak Bernam2535


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 28 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
NEGERI SEMBILAN1.04
WP KUALA LUMPUR0.99
MELAKA0.98
WP PUTRAJAYA 0.98
SELANGOR0.95
SABAH0.93
KEDAH0.93
PAHANG0.90
JOHOR0.89
PERLIS0.89
PULAU PINANG0.86
TERENGGANU0.86
PERAK0.86
KELANTAN0.85
SARAWAK0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.95