Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 31 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • 5,771 kluster;
  • Kes sembuh : 6,127 kes (2,374,761 kes kumulatif, 96.1%);
  • Kes baharu : 4,979 kes (2,471,642 kes kumulatif);
  • Kes import : 23 kes (16 warganegara; 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,596 kes [4,737 warganegara (95.6%);  219 bukan warganegara (4.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 562 kes (501 kes disahkan COVID-19 ;  61  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 326 kes (220 kes disahkan COVID-19 ; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,771 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,343 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 428 kluster.

Daripada 4,979 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 85 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,894 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Oktober 2021 @6:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 31 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Desa SenaPendidikan LainPulau PinangSeberang Perai Utara2480
2Jalan Bukit RasahPendidikan TinggiNegeri SembilanSeremban dan Kuala Pilah2383
3Indera Mahkota LapanPendidikan TinggiPahangKuantan1080
4Serigala UluKomunitiSelangorHulu Selangor1123
5Kampung Pulau Panjang KemuminKomunitiKelantanKota Bharu1620
6Industri Jalan Budi SelatanTempat KerjaJohorBatu Pahat829


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 30 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
   NEGERI SEMBILAN1.02
WP KUALA LUMPUR1.02
WP PUTRAJAYA 0.97
MELAKA0.97
SELANGOR0.95
SABAH0.95
KEDAH0.94
PAHANG0.94
PERLIS0.92
PERAK0.89
JOHOR0.87
TERENGGANU0.87
PULAU PINANG0.86
KELANTAN0.86
SARAWAK0.83
WP LABUAN0
MALAYSIA0.96