Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 November 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 NOVEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,299 kes (2,380,060 kes kumulatif, 96.1%);
  • Kes baharu : 4,626 kes (2,476,268 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,620 kes [4,440 warganegara (96.1%);  180 bukan warganegara (3.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 569 kes (503 kes disahkan COVID-19 ;  66  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 301 kes (220 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,776 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,365 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 411 kluster.

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 94 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,532 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-43)

Sehingga 30 Oktober 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-43], sebanyak 2,466,663 kes kumulatif COVID-19 telah dilaporkan dengan 28,876 kes kematian. Kebanyakan indikator utama menunjukkan tren penurunan. Walau bagaimanapun, kadar kematian menunjukkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus berbanding minggu epidemiologi sebelumnya (ME ke-42).

1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19

Pada ME ke-43 iaitu daripada 24 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021;

  • Kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 2.2 peratus iaitu daripada 41,508 kes (ME ke-42) kepada 40,613 kes (ME ke-43);
  • Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Melaka melaporkan kadar insiden kes tertinggi bagi setiap 10,000 penduduk;
  • Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 15.0 peratus iaitu daripada 83,605 kes (ME ke-42) kepada kes 70,829 kes (ME ke-43). Penurunan kes aktif ini dilihat sejak lapan (8) minggu lepas;
  • Kes kematian menunjukkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus iaitu daripada 496 kes (ME ke-42) kepada 522 kes (ME ke-43). Kadar kematian kes semasa adalah sebanyak 1.1 peratus dan kadar kematian keseluruhan adalah 1.2 peratus. Sarawak, Perlis, dan Pulau Pinang mencatatkan insiden kes kematian tertinggi bagi setiap 1 juta populasi;
  • Kes yang  memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan 12.0 peratus iaitu 571 kes (ME ke-42) kepada 505 kes (ME ke-43);
  • Kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 14.4 peratus iaitu 250 kes (ME ke-42) kepada 214 kes (ME ke-43). Penurunan kes yang memerlukan bantuan pernafasan dilihat sejak 11 minggu lepas; dan
  • Pada 30 Oktober 2021, nilai Rt Malaysia adalah 0.96 (95% CI 0.95 – 0.97). Nilai ini telah mula menunjukkan peningkatan semula sejak 23 Oktober 2021. Nilai Rt melebihi 1 menunjukkan potensi berlakunya rantaian penularan jangkitan COVID-19 seperti yang dilihat pada permulaan gelombang ketiga.

2. Kluster

Sebanyak 46 kluster yang dilaporkan pada ME ke-43 yang terdiri daripada (Jadual 2);

  • Dua puluh lima (25) (54.3 peratus) kluster tempat kerja;
  • Sembilan (9) (19.6 peratus) kluster pusat pendidikan;
  • Tujuh (7) (15.2 peratus) kluster komuniti; dan

Lima (5) (10.9 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Terdapat peningkatan kluster institusi pendidikan susulan pembukaan semula institusi-institusi pengajian tinggi secara bersemuka bermula ME-41.

3. Vaksinasi

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sehingga 30 Oktober 2021, sejumlah 25,299,759 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Sebanyak 74.9 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap [95.5 peratus daripada populasi dewasa dan 66.4 peratus daripada populasi remaja (12-17 tahun)]. Pada 24 September 2021, Malaysia telah mencapai sasaran awal program vaksinasi remaja di mana sebanyak 60 peratus remaja telah mendapat vaksinasi lengkap.

4. Kapasiti Hospital

KKM telah memperuntukkan 26,522 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 14,963 buah katil wad biasa, 1,345 katil wad ICU, dan 2,804 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. Penggunaan katil di PKRC dan katil di wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan tren penurunan sekitar 2 hingga 6 peratus pada ME ke-43 berbanding ME ke-42 seperti pada Jadual 3.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 November 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 NOVEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Lebuhraya Setiawangsa 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa1426
2Jalan Bank Kuantan 2Tempat KerjaPahangKuantan1277
3Industri Wawasan 10Tempat KerjaJohorBatu Pahat1324
4Kampung Dusun RajaKumpulan Berisiko TinggiKelantanKota Bharu1928
5Kampung CherohInstitusi Pendidikan KPMPahangRaub1039


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 31 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
   WP KUALA LUMPUR1.02
WP PUTRAJAYA 1.01
NEGERI SEMBILAN1.00
MELAKA0.98
SELANGOR0.97
SABAH0.95
KEDAH0.95
PAHANG0.94
TERENGGANU0.89
PERLIS0.87
KELANTAN0.87
PERAK0.86
JOHOR0.86
PULAU PINANG0.86
SARAWAK0.85
WP LABUAN0
MALAYSIA0.95