SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
4 NOVEMBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,865 kes (2,396,244 kes kumulatif, 96.1%);
- Kes baharu : 5,713 kes (2,492,343 kes kumulatif);
- Kes import : 32 kes (12 warganegara; 20 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,681 kes [5,392 warganegara (94.9%); 289 bukan warganegara (5.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 555 kes (519 kes disahkan COVID-19 ; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 280 kes (218 kes disahkan COVID-19 ; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,793 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,426 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 367 kluster.
Daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 93 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5,620 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM) dan Malaysia Genome Institute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 1,047 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu varian Delta (B.1.617.2).
IHCM-UNIMAS telah mengenalpasti sebanyak 790 kes varian Delta (B.1.617.2), UMBI-UKM telah mengenalpasti sebanyak 113 kes varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 96 kes varian Delta (B.1.617.2), dan MGI telah mengenalpasti sebanyak 48 kes varian Delta (B.1.617.2).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,692 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 3,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
- 3,432 kes varian Delta;
- 226 kes varian Beta; dan
- 14 kes varian Alpha.
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
- 13 kes varian Theta;
- Empat (4) kes varian Kappa; dan
- Tiga (3) kes varian Eta.
Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 November 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 NOVEMBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Tapak Bina Jalan Rumbia | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Selangor | 12 | 70 |
2 | Persiaran Alam 2 | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Cheras | 11 | 31 |
3 | Industri Jalan Teluk Buloh | Tempat Kerja | Johor | Batu Pahat | 13 | 82 |
4 | Sawit Bukit Puteri | Tempat Kerja | Pahang | Lipis | 18 | 28 |
5 | Tekir | Komuniti | Negeri Sembilan | Seremban | 19 | 105 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 3 NOVEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.07 |
NEGERI SEMBILAN | 1.02 |
PERLIS | 1.01 |
WP KUALA LUMPUR | 1.01 |
MELAKA | 1.01 |
SELANGOR | 1.00 |
KEDAH | 0.99 |
PAHANG | 0.99 |
SABAH | 0.99 |
KELANTAN | 0.93 |
TERENGGANU | 0.89 |
PULAU PINANG | 0.89 |
SARAWAK | 0.87 |
JOHOR | 0.87 |
PERAK | 0.85 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.94 |
LAMPIRAN 3
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.