SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 NOVEMBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,712 kes (2,446,197 kes kumulatif, 96.26%);
- Kes baharu : 5,809 kes (2,541,147 kes kumulatif);
- Kes import : 27 kes (21 warganegara; 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,782 kes [5,561 warganegara (96.2%); 221 bukan warganegara (3.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 527 kes (484 kes disahkan COVID-19 ; 43 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 277 kes (193 kes disahkan COVID-19 ; 84 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,840 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,562 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 278 kluster.
Daripada 5,809 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 102 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5,707 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia, termasuk kluster terkini COVID-19 akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada Prosedur Operasi standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 November 2021 @ 6:00 petang.
LAMPIRAN 1
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 12 NOVEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP PUTRAJAYA | 1.17 |
WP KUALA LUMPUR | 1.06 |
SELANGOR | 1.04 |
NEGERI SEMBILAN | 1.03 |
PAHANG | 1.02 |
KELANTAN | 1.01 |
SABAH | 0.99 |
PERLIS | 0.98 |
MELAKA | 0.97 |
KEDAH | 0.96 |
JOHOR | 0.95 |
TERENGGANU | 0.92 |
PULAU PINANG | 0.91 |
PERAK | 0.90 |
SARAWAK | 0.88 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 1.04 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press