Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 18 November 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 NOVEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,760 kes (2,472,283 kes kumulatif, 96.2%);
  • Kes baharu :  6,380 kes (2,569,533 kes kumulatif);
  • Kes import : 28 kes (19 warganegara; 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,352 kes [6,089 warganegara (95.9%);  263 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 541 kes (452 kes disahkan COVID-19 ;  89  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 263 kes (169 kes disahkan COVID-19 ; 94 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,867 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,621 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 246 kluster.

Daripada 6,380 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 98 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,282 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 88 kes baharu varian dilaporkan. Faculty of Medicine (FOM-UM) telah mengenalpasti sebanyak 65 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) manakala UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) telah mengenalpasti sebanyak 23 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,918 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 3,898 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 3,658 kes varian Delta;
  • 226 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada Prosedur Operasi standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 November 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 17 NOVEMBER 2021

NEGERINILAI RT
WP LABUAN1.29
WP PUTRAJAYA 1.12
WP KUALA LUMPUR1.09
NEGERI SEMBILAN1.07
SELANGOR1.06
KELANTAN1.05
PAHANG1.03
JOHOR1.01
KEDAH1.01
PERAK0.99
TERENGGANU0.99
SABAH0.98
MELAKA0.95
PULAU PINANG0.95
PERLIS0.91
SARAWAK0.85
MALAYSIA1.03

LAMPIRAN 2