Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 DISEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,817 kes (2,576,870 kes kumulatif, 96.6%);
  • Kes baharu :  4,965 kes (2,667,999 kes kumulatif);
  • Kes import : 29 kes (22 warganegara; 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,936 kes [4,715 warganegara (95.5%); 221 bukan warganegara (4.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 437 kes (375 kes disahkan COVID-19 ;  62  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 240 kes (167 kes disahkan COVID-19 ; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,992 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,757 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 235 kluster.

Daripada 4,965 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 96 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,869 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Disember 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 6 DISEMBER 2021

NEGERINILAI RT
PERLIS1.13
WP KUALA LUMPUR1.00
MELAKA1.00
PERAK1.00
PULAU PINANG0.99
SELANGOR0.99
JOHOR0.99
WP LABUAN0.99
KEDAH0.98
PAHANG0.97
TERENGGANU0.97
NEGERI SEMBILAN0.97
KELANTAN0.94
SABAH0.91
WP PUTRAJAYA 0.89
SARAWAK0.74
MALAYSIA0.99