Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 11 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 DISEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,690 kes (2,596,509 kes kumulatif, 96.6%);
  • Kes baharu : 4,626 kes (2,688,149 kes kumulatif);
  • Kes import : 20 kes (15 warganegara; 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,606 kes [4,440 warganegara (96.4%); 166 bukan warganegara (3.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 396 kes (344 kes disahkan COVID-19 ;  52  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 211 kes (146 kes disahkan COVID-19 ; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,035 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,785 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 250 kluster.

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 95 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,531 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 298 kes baharu variant dilaporkan daripada 19 November 2021 sehingga 8 Disember 2021. Institute of Medical Research (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 115 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) di mana 108 ialah varian Delta (B.1.617.2), 6 ialah varian Beta (B.1.1351) dan 1 varian Omicron (B.1.1.529), manakala Faculty of Medicine-University of Malaya (FOM-UM) telah mengenalpasti sebanyak 109 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2). Selain itu, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) juga telah mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). Di samping itu, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) juga telah mengenalpasti 17 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2) dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah mengenalpasti sebanyak 13 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC di mana 12 ialah varian Delta (B.1.617.2) dan 1 ialah varian Beta (B.1.1351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,990 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,970 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 4,722 kes varian Delta;
  • 233 kes varian Beta;
  • 14 kes varian Alpha; dan
  • Satu (1) kes varian Omicron.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Disember 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 10 DISEMBER 2021

NEGERINILAI RT
NEGERI SEMBILAN1.06
PERLIS1.05
MELAKA1.03
PAHANG1.02
TERENGGANU1.00
JOHOR0.99
PULAU PINANG0.99
PERAK0.97
WP KUALA LUMPUR0.96
KEDAH0.96
KELANTAN0.96
WP PUTRAJAYA 0.89
SELANGOR0.87
SABAH0.87
WP LABUAN0.86
SARAWAK0.72
MALAYSIA0.97

LAMPIRAN 2