SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
15 DISEMBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,552 kes (2,615,162 kes kumulatif, 96.7%);
- Kes baharu : 3,900 kes (2,703,140 kes kumulatif);
- Kes import : 19 kes (16 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,881 kes [3,692 warganegara (95.1%); 189 bukan warganegara (4.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 384 kes (304 kes disahkan COVID-19; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 213 kes (142 kes disahkan COVID-19; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,056 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,810 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 246 kluster.
Daripada 3,900 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 86 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,814 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
PEMAKLUMAN TEMUJANJI DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19 MELALUI PESANAN RINGKAS (SMS) DAN APLIKASI MYSEJAHTERA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pemberian dos penggalak COVID-19 sejak November 2021, dimulakan dengan kelompok tertentu yang menjadi keutamaan iaitu:
- Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
- Individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi;
- Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
- Ibu mengandung; dan
- Individu dengan keperluan ke luar negara.
Sehingga 14 Disember 2021, sebanyak 3,944,858 dos penggalak COVID-19 telah berjaya diberikan. Bagi mempercepatkan lagi pemberian dos penggalak ini, KKM memberi pemakluman kepada penerima dos penggalak dengan penghantaran tarikh temujanji melalui pesanan ringkas ke telefon pintar (SMS) (Gambar 1) ataupun melalui aplikasi Mysejahtera (Gambar 2).
Masyarakat diingatkan agar sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh temujanji yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju untuk menerima dos penggalak atau tidak. Sekiranya terlepas tarikh temujanji yang diberikan, adalah disarankan agar menghadirkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk pendaftaran senarai menunggu.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
15 Disember 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 14 DISEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
NEGERI SEMBILAN | 1.02 |
MELAKA | 1.01 |
PAHANG | 1.01 |
PERLIS | 1.00 |
PULAU PINANG | 1.00 |
WP LABUAN | 1.00 |
TERENGGANU | 0.98 |
JOHOR | 0.98 |
WP KUALA LUMPUR | 0.98 |
PERAK | 0.97 |
SELANGOR | 0.97 |
KELANTAN | 0.96 |
KEDAH | 0.93 |
WP PUTRAJAYA | 0.87 |
SABAH | 0.86 |
SARAWAK | 0.76 |
MALAYSIA | 0.93 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.