Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 DISEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,118 kes (2,647,587 kes kumulatif, 97.0%);
  • Kes baharu : 3,519 kes (2,728,203 kes kumulatif);
  • Kes import : 100 kes (89 warganegara; 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,419 kes [3,274 warganegara (95.8%); 145 bukan warganegara (4.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 331 kes (263 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 187 kes (122 kes disahkan COVID-19; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,088 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,854 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 234 kluster.

Daripada 3,519 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 65 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,454 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR DAN JANGKITAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)

Sehingga jam 3 petang 22 Disember 2021, KKM ingin memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih   beroperasi - 415 PPS;
  • Jumlah negeri dilanda banjir - Tujuh (7) (Kelantan,        Pahang,   Selangor, Negeri Sembilan, Perak,     Wilayah   Persekutuan Kuala Lumpur, dan Melaka);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 65,114     orang;
  • Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir -       361 kes; dan
  • Kes positif COVID-19 di PPS - Tiada.

Pada 22 Disember 2021, sebanyak 963 (27.2%) daripada 3,438 mangsa banjir telah diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar oleh pasukan perubatan di PPS. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 1:

Penyakit BerjangkitBilangan Kes
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)203
Penyakit Kulit50
Acute Gastroenteritis (AGE)13
Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)1
Lain-Lain Penyakit Berjangkit43
Jumlah310
Jadual 1 : Pecahan  kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada 22 Disember 2021

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

  1. Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  2. Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
  3. Sentiasa memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal, dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19;
  4. Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  5. Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  6. Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat gunasama seperti tandas;
  7. Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  8. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  9. Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  10. Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  11. Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.

KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman web  https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Disember 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 21 DISEMBER 2021

NEGERINILAI RT
PAHANG1.00
PULAU PINANG1.00
TERENGGANU0.99
WP KUALA LUMPUR0.94
NEGERI SEMBILAN0.93
JOHOR0.96
WP LABUAN0.88
PERAK0.93
SELANGOR0.92
MELAKA0.92
PERLIS0.89
KEDAH0.89
WP PUTRAJAYA 0.94
KELANTAN0.87
SABAH0.83
SARAWAK0.75
MALAYSIA0.90