SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
26 DISEMBER 2021
SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :3,539 kes (2,665,034 kes kumulatif, 97.2%);
- Kes baharu : 2,778 kes (2,741,179 kes kumulatif);
- Kes import : 129 kes (124 warganegara; 5 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,649 kes [2,532 warganegara (95.6%); 117 bukan warganegara (4.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 306 kes (244 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 170 kes (101 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,103 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,885 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 218 kluster.
Daripada 2,778 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 60 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,718 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
JADUAL 1: NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 25 DISEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
TERENGGANU | 1.00 |
JOHOR | 0.95 |
PERAK | 0.94 |
PULAU PINANG | 0.93 |
KELANTAN | 0.92 |
WP PUTRAJAYA | 0.91 |
WP KUALA LUMPUR | 0.89 |
SELANGOR | 0.89 |
NEGERI SEMBILAN | 0.89 |
KEDAH | 0.88 |
PERLIS | 0.87 |
PAHANG | 0.87 |
MELAKA | 0.84 |
SABAH | 0.81 |
WP LABUAN | 0.76 |
SARAWAK | 0.71 |
MALAYSIA | 0.88 |
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 26 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
- Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 219 PPS;
- Jumlah negeri dilanda banjir – Lima (5) (Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka);
- Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 35,076 orang;
- Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 418 kes; dan
- Kes positif COVID-19 di PPS – Satu (1) kes.
Pada 26 Disember 2021, sebanyak 193 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:
PENYAKIT BERJANGKIT | BILANGAN KES |
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) | 94 |
Penyakit Kulit | 67 |
Acute Gastroenteritis (AGE) | 30 |
Hand,Foot and Mouth disease (HFMD) | 1 |
Konjunktivitis | 1 |
JUMLAH | 193 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:
- Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
- Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
- Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
- Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
- Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
- Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
- Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
- Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
- Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.
KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index
NASIHAT PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA MENYAMBUT PERAYAAN HARI NATAL SEWAKTU PANDEMIK COVID-19
Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi terkini, keluarga Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan panggilan video sebagai gantian amalan ziarah menziarahi.
Sekiranya masih lagi merancang untuk berkumpul secara fizikal atau berkunjung untuk sambutan Krismas :
- Lakukan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform dan Seek) terlebih dahulu sebelum menghadiri sambutan tersebut.
- Kekalkan amalan norma baharu seperti :
- Menjaga penjarakan fizikal;
- Memakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika menjamu selera;
- Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer;
- Elakkan dari menyentuh mata, hidung, dan mulut; dan
- Elakkan berkongsi perkakas makanan dan minuman.
- Perhimpunan keluarga juga seeloknya dihadkan dari segi bilangan orang yang hadir dan tempoh masa ia berlangsung;
- Ahli keluarga yang bergejala disarankan untuk menjalani kuarantin dan ujian saringan kendiri sebelum bergaul dengan ahli keluarga lain;
- Untuk memastikan pengudaraan yang lebih baik, tingkap dan pintu seharusnya dibiarkan terbuka agar pergerakan udara adalah lebih bebas. Jika boleh, adakan sambutan tersebut di kawasan luar rumah.
- Selain itu, elakkan juga dari bersembang secara dekat dan lama ketika berkumpul.
Bagi individu yang dikategorikan sebagai kontak rapat ataupun positif COVID-19, KKM ingin menegaskan bahawa disiplin adalah amat penting dalam menjalani kuarantin. Ini bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dan secara tidak langsung dapat melindungi warga emas serta kumpulan-kumpulan rentan daripada dijangkiti COVID-19.
Dengan pematuhan kepada nasihat yang digariskan di atas, perayaan ini masih boleh disambut bersama keluarga tersayang, namun dengan waspada dan selamat. Bagi yang berada di jalan raya sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah ini, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat, asalkan selamat.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Disember 2021 @ 6:30 petang
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press