Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

28 DISEMBER 2021

SITUASI SEMASA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh :3,434 kes (2,673,084 kes kumulatif, 97.3%);
  • Kes baharu : 2,897 kes (2,746,833 kes kumulatif);
  • Kes import : 192 kes (178 warganegara; 14 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,705 kes [2,577 warganegara (95.3%); 128 bukan warganegara (4.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 302 kes (244 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 169 kes (94 kes disahkan COVID-19; 75 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,114 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,888 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 226 kluster.

Daripada 2,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 50 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,847 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

JADUAL 1: NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 27 DISEMBER 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.00
JOHOR0.97
PERAK0.94
PULAU PINANG0.94
KEDAH0.93
SELANGOR0.92
KELANTAN0.92
NEGERI SEMBILAN0.91
WP KUALA LUMPUR0.90
WP PUTRAJAYA 0.90
PERLIS0.90
PAHANG0.87
MELAKA0.87
SABAH0.84
WP LABUAN0.74
SARAWAK0.73
MALAYSIA0.93

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 28 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 121 PPS;
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Lima (5) (Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 19,099 orang;
  • Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 434 kes;
  • Kes positif COVID-19 di PPS – 14 kes;
  • Bilangan kluster di PPS – 1 kluster (10 kes); dan

Tiada kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

Pada 28 Disember 2021, sebanyak 78 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:

PENYAKIT BERJANGKITBILANGAN KES
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)53
Penyakit Kulit17
Acute Gastroenteritis (AGE)4
Hand Food Mouth Disease (HFMD)2
Konjunktivitis2
JUMLAH78
Jadual 2 : Pecahan  kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada 28 Disember 2021

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

  1. Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  2. Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
    • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
    • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
    • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda          adalah digalakkan.
  3. Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  4. Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  5. Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  6. Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  7. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  8. Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  9. Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  10. Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.

KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang  https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Disember 2021 @ 6:30 petang