SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
29 DISEMBER 2021
SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :4,322 kes (2,677,406 kes kumulatif, 97.3%);
- Kes baharu : 3,683 kes (2,750,516 kes kumulatif);
- Kes import : 239 kes (219 warganegara; 20 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,444 kes [3,325 warganegara (96.5%); 119 bukan warganegara (3.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 288 kes (216 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 162 kes (75 kes disahkan COVID-19; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,120 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,893 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 227 kluster.
Daripada 3,683 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 56 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,627 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
JADUAL 1: NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 28 DISEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
TERENGGANU | 1.00 |
JOHOR | 0.95 |
PERAK | 0.94 |
KEDAH | 0.93 |
PULAU PINANG | 0.92 |
WP PUTRAJAYA | 0.92 |
KELANTAN | 0.91 |
SELANGOR | 0.91 |
NEGERI SEMBILAN | 0.90 |
WP KUALA LUMPUR | 0.89 |
MELAKA | 0.89 |
PERLIS | 0.87 |
PAHANG | 0.87 |
SABAH | 0.85 |
WP LABUAN | 0.73 |
SARAWAK | 0.71 |
MALAYSIA | 0.93 |
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 29 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
- Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 88 PPS;
- Jumlah negeri dilanda banjir – Lima (5) (Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka);
- Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 12,421 orang;
- Tiada kes COVID-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir. Jumlah keseluruhan adalah kekal sebanyak 434 kes; dan
- Tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS.
Pada 29 Disember 2021, sebanyak 110 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:
PENYAKIT BERJANGKIT | BILANGAN KES |
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) | 81 |
Penyakit Kulit | 16 |
Acute Gastroenteritis (AGE) | 13 |
JUMLAH | 110 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:
- Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
- Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
- Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
- Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
- Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
- Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
- Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
- Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
- Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.
KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 Disember 2021 @ 6:45 petang
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Floods, Press