SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
1 JANUARI 2021
SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,547 kes (2,688,925 kes kumulatif, 97.4%);
- Kes baharu : 3,386 kes (2,761,472 kes kumulatif);
- Kes import : 346 kes (330 warganegara; 16 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,040 kes [2,895 warganegara (95.2%); 145 bukan warganegara (4.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 273 kes (202 kes disahkan COVID-19; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 159 kes (86 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,133 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,918 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 215 kluster.
Daripada 3,386 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 46 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,340 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
JADUAL 1: NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 31 DISEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
KELANTAN | 1.02 |
TERENGGANU | 0.97 |
JOHOR | 0.97 |
MELAKA | 0.97 |
KEDAH | 0.96 |
PERAK | 0.96 |
WP PUTRAJAYA | 0.95 |
SABAH | 0.94 |
PULAU PINANG | 0.93 |
PAHANG | 0.91 |
NEGERI SEMBILAN | 0.90 |
SELANGOR | 0.89 |
WP KUALA LUMPUR | 0.89 |
PERLIS | 0.87 |
WP LABUAN | 0.82 |
SARAWAK | 0.75 |
MALAYSIA | 0.98 |
PENGURUSAN JEMAAH UMRAH YANG SEDANG MENJALANKAN UMRAH DAN AKAN BERLEPAS SEHINGGA 7 JANUARI 2020
KKM ingin memaklumkan bagi jemaah umrah yang akan pulang ke Malaysia, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:
- Melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua (2) hari sebelum tarikh berlepas;
- Melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari ketibaan;
- Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian selama tujuh (7) hari di stesen kuarantin berkuatkuasa 3 januari 2022;
- Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK-Ag;
- Melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari ke-5; dan
- Diberi pelepasan dari Perintah Pengawasan dan Pemantauan pada hari ke-8, sekiranya tiada pelanjutan kuarantin dan keputusan ujian COVID-19 RT-PCR pada hari ke-5 adalah negatif.
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 1 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:
- Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 86 PPS [Pahang (41), Johor (19), Negeri Sembilan (10), Kelantan (5), Melaka (5), Terengganu (4), dan Sabah (2)];
- Jumlah negeri dilanda banjir – Tujuh (7) (Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan);
- Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 5,753 orang;
- Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
- Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 451 kes (7 kes baharu hari ini); dan
- Jumlah kluster COVID-19 di PPS: 1 kluster (Tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 1 Januari 2022, sebanyak tujuh (7) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:
Penyakit Berjangkit | Bilangan Kes | |
Semasa | Semasa | Kumulatif |
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) | 4 | 1,189 |
Penyakit Kulit | 2 | 525 |
Acute Gastroenteritis (AGE) | 1 | 239 |
Konjunktivitis | 0 | 16 |
Hand Foot Mouth Disease (HFMD) | 0 | 6 |
Jumlah | 71 | 1,975 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:
- Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
- Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
i. Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
ii. Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
iii. Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
- Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
- Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
- Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
- Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
- Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
- Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
- Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.
KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 Januari 2022 @ 6:30 petang
Categories: Press
You must be logged in to post a comment.