Press

Kenyataan Akhbar KPK 2 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

DIKEMASKINI PADA 8.00 MALAM, 2 JANUARI 2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

2 JANUARI 2021

SITUASI SEMASA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,291 kes (2,692,216 kes kumulatif, 97.4%);
  • Kes baharu : 2,882 kes (2,764,354 kes kumulatif);
  • Kes import : 333 kes (313 warganegara; 20 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,549 kes [2,478 warganegara (97.2%); 71 bukan warganegara (2.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 284 kes (191 kes disahkan COVID-19; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 156 kes (82 kes disahkan COVID-19; 74 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,134 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 1 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,925 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 209 kluster.

Daripada 2,882 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 49 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,833 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

JADUAL 1: NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 1 JANUARI 2022

NEGERINILAI RT
  KELANTAN0.99
JOHOR0.98
TERENGGANU0.97
KEDAH0.97
SABAH0.96
PERAK0.94
MELAKA0.93
PULAU PINANG0.93
PAHANG0.93
WP PUTRAJAYA0.92
NEGERI SEMBILAN0.90
WP KUALA LUMPUR0.90
SELANGOR0.89
PERLIS0.86
WP LABUAN0.80
SARAWAK0.76
MALAYSIA0.99

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 172 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan dari 25 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 dengan 170 kes baharu varian Delta (B.1.617.2) dan dua (2) kes baharu varian Omicron (B.1.1.529) merangkumi;

  • The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti 107 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);
  • Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) telah mengenalpasti 40 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);
  • Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 23 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), dan
  • Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 2 kes baharu yang kedua-duanya adalah varian Omicron (B.1.1.529).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest  (VOI) adalah sebanyak 5,480 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,460 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 5,149 kes varian Delta;
  • 233 kes varian Beta;
  • 14 kes varian Alpha; dan
  • 64 kes varian Omicron.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 2 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 143 PPS [Pahang (49), Johor (37), Negeri Sembilan (19), Sabah (17), Melaka (16), Kelantan (3) dan Terengganu (2)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Tujuh (7) (Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 8,667 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 460 kes (9 kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS: 1 kluster (Tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Pada 2 Januari 2022, sebanyak 63 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:

Penyakit BerjangkitBilangan Kes
SemasaSemasaKumulatif
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)421,231
Penyakit Kulit10535
Acute Gastroenteritis (AGE)11250
Konjunktivitis016
Hand Foot Mouth Disease (HFMD)06
Jumlah632,038
Jadual 2: Pecahan  kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada 2 Januari 2022

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

  • Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  • Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;

  i.       Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);

  ii.      Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan

  iii.     Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda                       adalah digalakkan.

  • Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  • Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  • Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  • Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  • Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  • Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  • Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  • Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.

KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang  https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Januari 2022 @ 6:30 petang

Categories: Press

Tagged as: , , ,