Press

Kenyataan Akhbar KPK 7 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19)

DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA 7 JANUARI 2022

SITUASI SEMASA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 3,447 kes (2,708,739 kes kumulatif, 97.4%);
  • Kes baharu : 3,381 kes (2,780,080  kes kumulatif);
  • Kes import : 319 kes (284 warganegara; 35 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,062 kes [2,963 warganegara (96.8%); 99 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 254 kes (220 kes disahkan COVID-19; 34 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 114 kes (86 kes disahkan COVID-19; 28 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,156 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,974 kluster;
  • Jumlah kluster aktif : 182 kluster.

Daripada 3,381 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 37 kes (1.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,344 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

JADUAL 1: NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 6 JANUARI 2022

NEGERINILAI RT
WP LABUAN1.10
SABAH1.05
WP PUTRAJAYA 0.99
NEGERI SEMBILAN0.99
KEDAH0.99
MELAKA0.99
JOHOR0.98
KELANTAN0.98
PAHANG0.98
PULAU PINANG0.97
PERLIS0.97
PERAK0.95
WP KUALA LUMPUR0.95
SELANGOR0.95
TERENGGANU0.93
SARAWAK0.83
MALAYSIA0.96

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 7 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi - 76 PPS [Johor (56), Pahang (10), Sabah (4),   Melaka (4), dan Negeri Sembilan (2)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir - Lima (5) (Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Sabah);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 5,304 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS - 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir - 465 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS - 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Pada 7 Januari 2022, sebanyak 56 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:

Penyakit BerjangkitBilangan Kes
SemasaSemasaKumulatif
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)331,453
Penyakit Kulit9606
Acute Gastroenteritis (AGE)14278
Konjunktivitis06
Hand Foot Mouth Disease (HFMD)016
Jumlah562,359
Jadual 2: Pecahan  kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada 7 Januari 2022

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

  • Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  • Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;

  i.       Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);

  ii.      Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan

  iii.     Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda                       adalah digalakkan.

  • Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  • Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  • Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  • Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  • Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  • Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  • Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  • Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.

KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang  https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Januari 2022 @ 6:30 petang

Categories: Press

Tagged as: ,