Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 11 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19)

DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

11 JANUARI 2022

SITUASI SEMASA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 2,977 kes (2,720,399 kes kumulatif, 97.4%)
  • Kes baharu : 3,175 kes (2,792,035 kes kumulatif);  
  • Kes import : 272 kes (224 warganegara; 48 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,903 kes [2,745 warganegara (94.6%); 158 bukan warganegara (5.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 229 kes (200 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 99 kes (68 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,176 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,998 kluster;
  • Jumlah kluster aktif : 178 kluster.

Daripada 3,175 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 60 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 
  • 3,115 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

JADUAL 1: NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 10 JANUARI 2022

NEGERINILAI RT
WP LABUAN  1.16
WP KUALA LUMPUR 1.08
SABAH 1.06
MELAKA 1.04
WP PUTRAJAYA 1.03
NEGERI SEMBILAN  1.01
KEDAH  1.00
SELANGOR  1.00
PAHANG 0.99
JOHOR 0.96
PULAU PINANG 0.95
KELANTAN 0.94
PERLIS 0.92
PERAK 0.92
TERENGGANU 0.87
SARAWAK 0.85
MALAYSIA 0.98

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 11 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 38 PPS [Johor (34), Pahang (1), dan Melaka (3)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Tiga (3) (Pahang, Melaka, dan Johor);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 2,287 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 470 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS – 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Pada 11 Januari 2022, sebanyak lapan (8) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:

KEJADIAN WABAK KERACUNAN MAKANAN (KRM) DI PPS SK PENGKALAN BESAR TANGKAK, JOHOR

Kejadian wabak keracunan makanan (KRM) dilaporkan berlaku di PPS SK Pengkalan Besar Tangkak, Johor yang melibatkan empat (4) daripada 63 orang mangsa banjir dan lima (5) petugas yang terdedah. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tangkak telah menerima notifikasi pada 9 Januari 2022 dan kes telah disiasat pada hari yang sama. Kes berusia dalam lingkungan tiga (3) hingga 14 tahun. Tiga (3) dari empat (4) kes tinggal di ruang yang sama di PPS. Kesemua kes mempunyai gejala muntah, cirit birit, dan sakit perut.

Dua (2) kes dimasukkan ke wad di Hospital Tangkak, Johor pada 9 Januari 2022 dan telah discaj pada 10 Januari 2022. Manakala dua (2) kes lagi diberi rawatan pesakit luar. Hasil daripada siasatan awal menunjukkan rating premis dan pengendalian makanan di PPS adalah baik iaitu 92%. Pencemaran bukan disebabkan oleh penyediaan makanan di PPS sebaliknya berpunca dari hygiene pesakit sendiri dan makanan yang dibiar lama oleh pesakit.

Sebanyak satu (1) sampel makanan telah diambil bagi analisa lanjut. Tindakan telah diambil dengan memberi pendidikan kesihatan kepada pengendali makanan dan semua penghuni di PPS agar sentiasa menjaga kebersihan. Aktiviti kawalan dan pencegahan telah dijalankan oleh pihak PKD.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 99 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 3 Januari 2022 sehingga 10 Januari 2022 dengan 91 kes baharu varian Delta (B.1.617.2) dan 8  kes baharu varian Omicron (B.1.1.529).

Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 48 kes baharu VOC yang terdiri daripada 44 kes varian Delta (B.1.617.2) dan 4 kes varian Omicron (B.1.1.529) manakala Malaysia Genome & Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti 47 kes baharu VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).  Selain itu, Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 3 kes baharu VOC iaitu varian Omicron (B.1.1.529), manakala Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah mengenalpasti 1 kes baharu VOC iaitu varian Omicron (B.1.1.529).

Lapan (8) kes baharu varian Omicron yang dilaporkan terdiri daripada enam (6) kes jangkitan import dengan lima (5) kes jemaah umrah dari Arab Saudi dan satu (1) kes pengembara dari Turki, serta dua (2) kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest  (VOI) adalah sebanyak 5,760 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,740 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 5,240 kes varian Delta;
  • 253 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI TERKINI KLUSTER COVID-19 MELIBATKAN JEMAAH UMRAH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bermula 25 November 2021 sehingga 11 Januari 2022, terdapat sebanyak 16 kluster melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi. Daripada 16 kluster tersebut, tujuh (7) kluster melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron, enam (6) kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron yang sedang menunggu keputusan Whole Genome Sequencing (WGS), dan tiga (3) kluster melibatkan kes indeks positif COVID-19 bukan varian Omicron.

Daripada jumlah kluster tersebut:

  • empat (4) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Pahang;
  • tiga (3) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Kelantan;
  • tiga (3) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Kedah;
  • dua (2) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Johor;
  • satu (1) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Sabah;
  • satu (1) kluster melibatkan kes-kes dari Wilayah Persekutuan Labuan;
  • satu (1) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Pahang dan Johor;
  • manakala satu (1) kluster lagi melibatkan kes-kes dari negeri Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang.

Kluster Keratong 5 Saudi di Rompin Pahang merupakan kluster dengan jumlah kes yang paling tinggi iaitu 36 kes. Kes indeks bagi kluster ini adalah disahkan varian Omicron dengan dua (2) kes jangkitan import dan 34 kes kontak keluarga. Kes-kes dalam kluster ini merupakan ahli keluarga dari negeri Pahang dan Johor dengan kadar positiviti sebanyak 81.8 peratus.  Terdapat dua (2) lagi kluster yang melibatkan jemaah umrah dalam daerah yang sama iaitu Kluster Rumah Kedai Keratong 5 Saudi danKluster Keratong 2 Saudi.

Kluster Rumah Kedai Keratong 5 Saudi melibatkan 9 kes yang terdiri daripada satu (1) kes indeks presumptive Omicron  yang merupakan kes jangkitan import dan lapan (8) kes kontak keluarga. Kadar positiviti adalah sebanyak 75 peratus.

Kluster Keratong 2 Saudi pula melibatkan 11 kes di mana dua (2) kes merupakan jangkitan import dan sembilan (9) kes adalah kontak keluarga dengan kadar positiviti kluster sebanyak 78.6 peratus. Walau bagaimanapun, kes indeks dari Kluster Keratong 2 Saudi ini bukanlah kes varian Omicron. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dilaksanakan di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula 6 Januari 2022 hingga 19 Januari 2022 untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19 kepada komuniti.

Bagi negeri Kelantan, Kluster Chiku 01 Saudi melibatkan 19 kes di mana tiga (3) kes indeks adalah disahkan varian Omicron dengan enam (6) kes jangkitan import manakala 13 kes adalah kontak keluarga. Kadar positiviti kluster ini adalah sebanyak 76.0 peratus.

Kluster Kampung Tok Panjang Saudi pula melibatkan 13 kes jangkitan import dan tiga (3) kes kontak keluarga. Kes indeks untuk kluster ini adalah kes Presumptive varian Omicron dengan kadar positiviti sebanyak 88.9 peratus.

Kluster Jalan 2 Saudi pula melibatkan enam (6) kes di mana satu (1) kes merupakan jangkitan import dan lima (5) kes merupakan kontak keluarga dengan kes indeks bukan varian Omicron serta kadar positiviti kluster sebanyak 66.7 peratus.

Selain daripada itu, Kluster Jalan OKK Awang Besar Saudi dari Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan seramai 19 orang dengan 11 kes merupakan  jangkitan import dan lapan (8) kes adalah kontak keluarga. Kes indeks merupakan kes Presumptive varian Omicron dengan kadar positiviti sebanyak 12.8 peratus.

Di Sabah pula,  Kluster Millenium Saudi  melibatkan 18 kes iaitu 13 kes jangkitan import dan lima (5) kes kontak keluarga. Kes indeks adalah kes Presumptive varian Omicron dengan kadar positiviti sebanyak 30.5 peratus.

Sebanyak 456 individu telah disaring dalam kluster jemaah umrah ini di mana terdapat 219 kes positif telah dikenalpasti seterusnya menjadikan kadar positiviti sebanyak 48 peratus. Daripada 219 kes tersebut, kesemua kes merupakan kategori 1 dan 2, dan sehingga kini tiada kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), serta tiada kematian  yang dilaporkan daripada kluster jemaah umrah ini.

Situasi peningkatan kes daripada kluster jemaah umrah yang dilaporkan ini dianggap serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh masa yang singkat serta penularan daripada kes jangkitan import kepada keluarga berlaku dengan cepat.

Punca penularan kes-kes dari kluster ini adalah disebabkan oleh aktiviti semasa melaksanakan umrah yang tidak mematuhi SOP di mana pada masa tersebut tiada amalan penjarakan fizikal, tiada kewajiban pemakaian pelitup muka, serta melibatkan jemaah umrah yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Selain itu semasa dikuarantin di rumah selepas pulang dari mengerjakan umrah, terdapat aktiviti yang tidak mematuhi SOP seperti adanya aktiviti kunjung-mengunjung, menziarahi jemaah atau keluarga yang baru pulang dari tanah suci, serta lain-lain lagi.

Oleh itu, buat masa ini kerajaan telah menangguhkan sementara perlaksanaan ibadah umrah oleh rakyat Malaysia untuk memperkemaskan SOP dan memantau kes-kes di seluruh dunia, di Arab Saudi, dan di Malaysia agar penularan COVID-19 khasnya varian Omicron dapat diperlahankan bagi memastikan kapasiti fasiliti kesihatan tidak terjejas.

Adalah menjadi tangungjawab bagi semua pihak untuk sama- sama mematuhi SOP dan melindungi golongan rentan, khususnya orang tua yang uzur, golongan yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, serta golongan kurang daya tahan tubuh dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 ini.

Oleh itu, rakyat Malaysia digesa untuk sentiasa mematuhi SOP seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengamalkan norma baharu serta melaksankan Test, Report, Isolate, Inform, and Seek (TRIIS). Daftarkan diri dan ahli keluarga bagi mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi mencapai imuniti yang optimum, seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

  1. Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  2. Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
    • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
    • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
    • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
  3. Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  4. Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  5. Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  6. Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  7. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  8. Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  9. Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  10. Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.

KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang  https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Januari 2022 @ 7:15 petang