Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

14 JANUARI 2022

SITUASI SEMASA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 3,052 kes (2,729,943 kes kumulatif, 97.4%)
  • Kes baharu : 3,346 kes (2,802,263 kes kumulatif);
  • Kes import : 267 kes (196 warganegara; 71 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,079 kes [2,941 warganegara (95.5%); 138 bukan warganegara (4.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes (159 kes disahkan COVID-19; 45 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 95 kes (64 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,195 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,023 kluster;
  • Jumlah kluster aktif : 172 kluster.

Daripada 3,346 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 49 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,297 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 13 Januari 2022

NEGERINILAI RT
WP KUALA LUMPUR1.07
SABAH1.05
WP PUTRAJAYA1.05
MELAKA1.02
NEGERI SEMBILAN1.01
SELANGOR1.00
JOHOR0.99
PAHANG0.97
PULAU PINANG0.96
KEDAH0.94
PERAK0.93
KELANTAN0.91
SARAWAK0.91
TERENGGANU0.79
PERLIS0
WP LABUAN0
MALAYSIA1.00

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 14 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 9 PPS [Johor (8) dan Sarawak (1)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Dua (2) (Johor dan Sarawak);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 293 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 471 kes [ satu (1) kes baharu hari ini]; dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS – 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Pada 14 Januari 2022, sebanyak  satu (1) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 486 kes baharu varian telah dilaporkan daripada 10 Januari 2022 sehingga 14 Januari 2022. Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 317 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2)  manakala Faculty of Medicine-Universiti Malaya (FOM-UM) telah mengenalpasti 84 kes baharu dan kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). Selain itu, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) telah mengenalpasti 58 kes baharu dan kesemuanya juga adalah varian Delta (B.1.617.2) manakala Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 27 kes baharu yang terdiri daripada varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest  (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 5,726 kes varian Delta;
  • 253 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

  1. Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  2. Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
    • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
    • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
    • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
  3. Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  4. Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  5. Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  6. Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  7. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  8. Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  9. Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  10. Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.

KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index. 

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Januari 2022 @ 6:15 petang

LAMPIRAN 1