Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 16 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN

BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

16 JANUARI 2022

SITUASI SEMASA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,584 kes (2,735,355 kes kumulatif, 97.4%);
  • Kes baharu : 3,010 kes (2,808,347 kes kumulatif);  
  • Kes import : 263 kes (204 warganegara; 59 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,747 kes [2,634 warganegara (95.9%); 113 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 182 kes (146 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 83 kes (58 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,212 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,036 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 176 kluster.

Daripada 3,010 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 28 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 
  • 2,982 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 15 Januari 2022

NEGERINILAI RT
WP KUALA LUMPUR 1.08
SABAH 1.04
NEGERI SEMBILAN1.02
SELANGOR 1.01
MELAKA 1.00
JOHOR 0.99
PULAU PINANG 0.97
KEDAH 0.95
PAHANG 0.93
PERAK 0.92
KELANTAN 0.90
TERENGGANU 0.80
SARAWAK 0.00
PERLIS 0.00
WP PUTRAJAYA 0.00
WP LABUAN 0.00
MALAYSIA 0.99 

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 16 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – satu (1) PPS [Johor (1)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir –satu (1) (Johor);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 74 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 471 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS –satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Pada 16 Januari 2022,  tiada penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

  1. Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  2. Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
    • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
    • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
    • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
  3. Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  4. Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  5. Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  6. Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  7. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  8. Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  9. Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  10. Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.

KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index. 

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Januari 2022 @ 6:30 petang