SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
18 JANUARI 2022
SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 3,093 kes (2,741,355 kes kumulatif, 97.4%)
- Kes baharu : 3,245 kes (2,813,934 kes kumulatif);
- Kes import : 274 kes (187 warganegara; 87 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,971 kes [2,882 warganegara (97.0%); 89 bukan warganegara (3.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 183 kes (128 kes disahkan COVID-19; 55 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 84 kes (52 kes disahkan COVID-19; 32 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,235 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,047 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 188 kluster.
Daripada 3,245 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 17 Januari 2022
NEGERI | NILAI RT |
WP KUALA LUMPUR | 1.06 |
NEGERI SEMBILAN | 1.05 |
SABAH | 1.04 |
MELAKA | 1.04 |
SELANGOR | 1.00 |
JOHOR | 0.99 |
KEDAH | 0.97 |
PULAU PINANG | 0.95 |
PAHANG | 0.95 |
PERAK | 0.94 |
KELANTAN | 0.90 |
TERENGGANU | 0.78 |
PERLIS | 0.00 |
WP LABUAN | 0.00 |
WP PUTRAJAYA | 0.00 |
SARAWAK | 0.00 |
MALAYSIA | 0.98 |
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 18 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang berada di Segamat, Johor telah ditutup dan semua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing. Keadaan cuaca bertambah baik dan tiada lagi amaran hujan berterusan dilaporkan.
Bilik gerakan banjir di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah ditutup secara berperingkat bermula dengan negeri Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Melaka, Sarawak, dan Johor. Bilik gerakan banjir di JKN Johor telah ditutup pada jam 12.01 pagi, 16 Januari 2022. Ini menjadikan semua bilik gerakan banjir JKN yang terlibat banjir telah ditutup.
Tiada kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan sepanjang kejadian banjir adalah kekal sebanyak 471 kes.
Selain itu, tiada penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2.
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 186 kes baharu varian telah dilaporkan daripada 14 Januari 2022 sehingga 18 Januari 2022 yang kesemuanya merupakan Variant of Concern (VOC) iaitu varian Omicron (B.1.1.529). Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM)telah mengenalpasti 46 kes baharu, The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC-UM)telah mengenalpasti 43 kes baharu, Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti 43 kes baharu, Institute of Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 28 kes baharu, dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 26 kes baharu.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 6,432 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,412 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
- 5,726 kes varian Delta;
- 439 kes varian Omicron;
- 233 kes varian Beta; dan
- 14 kes varian Alpha
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
- 13 kes varian Theta;
- Empat (4) kes varian Kappa; dan
- Tiga (3) kes varian Eta
Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:
- Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
- Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
- Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
- Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
- Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
- Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
- Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
- Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
- Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.
KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index .
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 Januari 2022 @ 6:30 petang
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Floods, Press
You must be logged in to post a comment.