Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 JANUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 3,559 kes (2,762,608 kes kumulatif, 97.3%)
  • Kes baharu : 4,066 kes (2,840,225 kes kumulatif);
  • Kes import : 442 kes [323 warganegara (73.1%); 119 bukan warganegara (26.9%)];
  • Kes tempatan : 3,624 kes [3,521 warganegara (97.2%); 103 bukan warganegara (2.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 131 kes (113 kes disahkan COVID-19; 18 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (46 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,328 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,084 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 244 kluster.

Daripada 4,066 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,016 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 24 Januari 2022

NEGERINILAI RT
NEGERI SEMBILAN1.16
KEDAH1.09
JOHOR1.09
WP KUALA LUMPUR1.07
MELAKA1.04
WP PUTRAJAYA 1.04
SELANGOR1.04
PULAU PINANG1.03
PAHANG1.01
KELANTAN1.00
PERAK1.00
SABAH0.98
TERENGGANU0.82
PERLIS0.00
WP LABUAN0.00
SARAWAK0.00
MALAYSIA1.09

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 162 kes baharu Variant of Concern (VOC)  telah dilaporkan daripada 23 sehingga 25 Januari 2022. Institute of Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 89 kes baharu, Faculty of Medicine University of Malaya (FOM-UM) telah mengenalpasti 71 kes baharu, manakala Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti 2 kes baharu. Kesemua kes ini merupakan varian Omicron.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest  (VOI) adalah sebanyak 7,056 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,036 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,188 kes varian Delta;
  • 601 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti berikut:

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.

Dengan pengambilan vaksin dan dos penggalak, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Januari 2022 @ 6:15 petang